Contact Form

 

Masa Hadapan Bachelor of Entrepreneurship-B.Ent.(Hons) a.k.a Ijazah KEUSAHAWANAN....

Berikut adalah pengenalan mengenai program KEUSAHAWANAN!
Perkembangan di dalam dunia perniagaan dan peluang untuk menjana pendapatan tinggi melalui perniagaan memerlukan individu yang terlibat bersedia dengan pengetahuan-pengetahuan di dalam bidang keusahawanan. Program KEUSAHAWANAN dibentuk bermatlamatkan untuk mencabar diri mahasiswa dalam menjalankan perniagaan sendiri serta berhadapan dengan peluang dan ancaman di dalam menjalankan perniagaan secara bijak. Kurikulum program ini dirangka supaya mereka dibekalkan dengan ilmu-ilmu keusahawanan dan pengurusan yang membolehkan mereka berkemampuan untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri. Bidang pengajian program ini adalah menyeluruh dan meliputi aspek berbentuk perniagaan seperti  pengurusan, operasi, perundangan, pengurusan sumber manusia dan pembuatan keputusan. Graduan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana di dalam bidang Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan atau yang berkaitan.

Sebagai salah seorang mahasiswa/i Bachelor of Entrepreneurship-B.Ent.(Hons) dari Universiti Utara Malaysia, aku nak bagi pendapat sedikit!....jangan kita menyalahkan peluang pekerjaan kerna pekerjaan itu banyak, cuma REZEKI sahaja yang menghadkan atau mungkin menjadi penghalang kita! tetapi yakinlah ada rezeki untuk kita! asalkan kita rajin & berusaha utk mengubah kehidupan dan masa hadapan kita... aku sendiri masih kabur-kabur dengan masa depan aku... 


sebenarnya aku sendiri masih terfikir2 apa nak buat lepas habis study nanti... now da sem 6, ada 2 sem lagi (1 sem d UUM, 1 sem practicum).. so, inshaAllah kalau xda aral SEPT 2014 akan bergraduasi... tu la aku rasa mcam tak sabar, tapi kne juga fikir masa depan... hakikatnya, bukan mudah kita nak menjalankan perniagaan apatah lagi dalam dunia maya (for me)... secara directly pun, agak take time (if xda kedai), nk kena p 1 by 1 persons mmg agak perlu masa kita yg byk.. sebagai student on9 market je la mampu... xpun dgn rakan sekelas!

sebenarnya, program keusahawanan adalah progran yang membentuk individu supaya "independent" buktinya dari web kolej risda
Graduan program Diploma Keusahawanan ini dilengkapkan dengan pengetahuan yang membolehkan mereka bekerja secara “independent” dan berkemampuan menilai dan mencari peluang untuk menjadi usahawan yang berjaya. Sasaran kerjaya utama graduan program ini adalah sebagai usahawan. Namun begitu mereka juga layak bekerja di peringkat penolong pengurus / pegawai di dalam organisasi pekerjaan.

okayh, jangan la kata Bachelor of Entrepreneurship-B.Ent.(Hons) ni tak da masa depan... p buka balik buku  yg kita guna utk add drop... kat situ ada peluang kerja utk kita involve... salah satunya : sebagai perunding/penasihat! hurm... jgn terlalu mengharap pada sektor kerajaan.. kebanyakkan kita masih lapuk dek perubahan zaman... sbb mentaliti kita ni masih kata kerja dalam perkhidmatan awam lebih selamat... mmg selamat.. tapi gaji camtu je laa... dan ada kata swasta gaji kecil? ehhh betoi ke??? xjugak laaa... kalau kerja baik, rajin... inshaAllah okayh la gajinya...  ok.. kalau nak jd perunding / penasihat bagi badan2 tertentu / syarikat boleh lag jugak terutama bagi yg ambil elektif program macam family business/ pengurusan francais/ kaunseling keusahawanan... ok what??! u all boleh jadi perunding dalam aspek keusahawanan @ kpd peniaga2....






selain itu, korang boleh la kerja lain2 bidang... sebab??? mahasiswa/i Bachelor of Entrepreneurship-B.Ent.(Hons) d UUM belajar semua aspek baik operasi, sumber manusia, pengurusan, kewangan, perakunan, perniagaan dan pelbagau berkaitan dengan bidang keusahawanan!!! korang boleh try apply bidang2 lain... cuma agak sengit la nak compete dgn budak2 PURE kos tu! so, fkir2kan

cadangan aku : SAMBUNG MASTER @ MENGAMBIL KURSUS KEMAHIRAN!!! sebab? kelemahan mungkin bagi Bachelor of Entrepreneurship-B.Ent.(Hons) UUM sbb kita smemangnya tak berfokus kepada kemahiran teknikal, akan tetapi lebih kepada kemahiran pengurusan. justeru, bagi aku, mungkin aku akan sambung master (mungkin je ; da malas nk research2)... tapi aku prefer nak ambil kemahiran (turun pangkat) dan ada kebaikannya lau nak jadi BUSINESS MAN/WOMAN!


menjadi seorang USAHAWAN ADALAH MULIA!! sebab????
  • Mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain.
  • Tiada lagi istilah 'Job Security'

rujuk juga kepada hadis diriwayatkan oleh Ibrahim Al-Harbi dalam Gharib Al-Hadits dari hadits Nu’aim bin ‘Abdirrahman,

تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِزْقِ فِي التِّجَارَةِ

“Sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan.” Para perawinya tsiqah (kredibel). Nu’aim di sini dikatakan oleh Ibnu Mandah bahwa dia hidup di zaman sahabat, namun itu tidaklah benar. Abu Hatim Ar-Razi dan Ibnu Hibban mengatakan bahwa hadis ini memiliki taabi’ (penguat), sehingga hadisnya dapat dikatakan mursal[Hadits mursal adalah hadits yang dikatakan oleh seorang tabi’in langsung dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamtanpa menyebut sahabat. Hadis mursal adalah di antara hadits dha’if yang sifat sanadnya terputus (munqothi’)]. 


selain jawatan2 yg telah dinyatakan, mahasiswa/i Bachelor of Entrepreneurship-B.Ent.(Hons) boleh juga bekerja sebagai :
  • Pengurus Kewangan, 
  • Penasihat Kewangan, 
  • Pengurus Dana, 
  • Eksekutif Kewangan, 
  • Pegawai Pemasaran, 
  • Pegawai Perhubungan Awam, 
  • Pengurus Perkhidmatan, 
  • Penyelidik Pemasaran, 
  • Pengurus Acara

sememangnya IJSM dalam KEUSAHAWAN telah ditawarkan di UUM, UNIMAP, UMK, UMS, UPSI dan yang lain aku tak pasti ada ke tak... sebab, bukan calang2 univ kerajaan benarkan utk menawarkan program ini... namun atas dasar menggalakkan mahasiswa/i bekerja sendiri, IJSM Keusahawanan telah di beri perhatian. di samping itu juga, kemahiran keusahawanan amat ditekan kan kpd mahasiswa/i masa kini... that why, kne isi borang soal selidik KPT iaitu my3s(malaysian soft skill scale)... aihhh aku kena isi lagi sem ni (sbb dah tahu akhir).. ingatkan masa sem satu (tahun pertama) sahaja yg kena isi!!! haishhhh...


yakinlah bahawa dalam Surah Saba’ : ayat 39 telah menyatakan :

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. 

 ok sekian...

##TIPS : banyak2 buat dhuha/tahajud/baca ayat 1000dinar (inshaAllah ; murah rezeki

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply