Contact Form

 

Pesta ADAT Negeri Sembilan Darul Khusus....


yea... yeahhhhh!!! nama aku tersenarai dalam senarai p ke Negeri Sembilan utk program PESTA ADAT di JELEBU pada 22-24hb FEBRUARI 2013 ini!! amboiiiii... galak beno makcik niiii... 

ahaaa... mao aku tak galak, mende F.O.C, everything PEMANIS support... PEMANIS tu apa?? haha... aku tatau la apa tu PEMANIS tu, tapi kena la amek tau sebab da nyebok kat persatuan anak negeri org len...  tapi lau negeri JOHOR.... tau la gak... :)


hmmmm.... ADHOC AMANAH sendiri aku tak rjen nak involve tapi PEMANIS ni bukan men ag.. ahaha... TIADA KEPENTINGAN KHUSUS pun eyhhhh.. saje2 je.. aku mmg suka tengok tempat org/ budaya org lain... senang gak lau ade berjodohan dgn org sane ke apa, xda la kekok... boleh la pakat cari sorg ke nanti.. hahahahahaha

***ngada betolll!!!!!!!

hehehe... saje je... aku memang pesen jiwa klasik sikit, suke kesenian + kebudayaan... that why aku suka mek tau adat, adab dan juga budaya terdahulu... cam menarik jer.. maklom org muda cam aku ni, mana nak minat dan mek tau kan???? lau ada pun mgkin tak berapa nak ramai... 


ok... masing2 tau kan N.9 ni kat mana???? yg aku tau la kan.. dia tgh2 peta MALAYSIA, antara MELAKA + KUALA LUMPUR! tu aje yg aq tau... brp daerah tu xtau plak.... cer tengok peta2 ni...


berdasarkan WIKIPEDIA :

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):
  • Selangor di utara;
  • Pahang di timur;
  • Johor di tenggara;
  • Melaka di selatan; dan
  • Selat Melaka di barat.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol.


jumpa tak kat mana NEGERI SEMBILAN????

File:N9 state locator.PNG

adakan?????

ok... yg ni pulak daerah2 di NEGERI SEMBILAN.... lau ada pertambahan daerah tu tak pastilah.. apa2 pun ni yg biasa kita tau @ dengar... cuma xpulak aq jejak kaki ke negeri ini... inshaAllah.. lusa sampai la ke negeri ni...

menurut wikipedia juga : 
Negeri Sembilan diambil dari sembilan daerah iaitu dan dibakukan menjadi Negeri Sembilan.
  1. Port Dickson ڨورت ديكسون
  2. Kuala Pilah كوالا ڨيله
  3. Tampin تمڨين
  4. Jempol جمڨول
  5. Jelebu جلبو
  6. Rembau رمباو
  7. Seremban سرمبن
  8. Rasah راسه
  9. Teluk Kemang تلوك كمڠ
Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu :-
  1. Jelebu
  2. Inas
  3. Johol
  4. Rembau
  5. Sungai Ujong
  6. Tampin
  7. Jempol
  8. Ulu Muar
  9. Gunung Pasir
Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah, Rembau, Kuala Klawang, Tampin dan Port Dickson


tadi masa meeting, kabarnya kami ke KUALA KLAWANG... tu lau xsilap pendengaran aku la... nta camne tempatnya.. kita tengok je la nanti... layanzzzzz!!!!!!!


rupa2nya ada gak yg best kat negeri sembilan (N9) ni.... kebiasaannya dengar org cerita pasal Nilai, Seremban, Port Dickson... tapi ada ag yg menarik selain tempat2 tu... nak tau lebih lanjut pergi la melancong.. jgn melencong dgn SCANDAL sudah laaa...

baiklah... lau xsilap gak tadi dia gtau akan bermalam di Agro Park.. apa mungkin Rantau Agro Park? atau Star-Fresh Agro Park.. ntah la ekkk.. tatau aku nak cakap... nantikan aje esok... ehhh.. lusa laaaa....


kat atas ni mungkin la tempat2 menarik di N.9 ini...

melalui search di wiki juga... maklumat yg diperolehi bagi tempat pelancongan adalah seperti berikut :

Gunung
  • Gunung Angsi, Kuala Pilah
  • Gunung Dato, Rembau
  • Gunung Tampin, Tampin
  • Gunung Antu Besar, Kenaboi
Hutan lipur
  • Hutan Lipur Serting Ulu, Serting Ulu
  • Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah
  • Hutan Lipur De Bana, Lui Barat
  • Hutan Lipur Jeram Tengkek, Tengkek
Padang golf
  • Gemas Golf Resort, Gemas
  • Tuanku Jaafar Golf & Country Club, Seremban
  • Nilai Springs Golf & Country Club, Nilai
  • Staffield Country Resort, Mantin
Muzium
  • Muzium Adat, Lubok China
  • Muzium Lukut, Lukut
  • Muzium DiRaja, Seri Menanti
Air terjun
  • Air Terjun Lata Kijang, Kenaboi
  • Air Terjun Jeram Gading, Titi
  • Air Terjun Jeram Toi, Pantai
Pantai
  • Pantai Teluk Kemang, Teluk Kemang
  • Blue Lagoon, Teluk Kemang
  • Pantai Port Dickson, Port Dickson
Tempat menarik
  • Teratak Za'ba, Batu Kikir
  • Kampung Sungai Lonek, Batu Kikir
  • Kampung Serting, Serting
  • Perkampungan Orang Asli, Durian Tipus
  • Kampung Seri Menanti, Seri Menanti
  • Kampung K. Klawang, Kuala Kelawang
  • Talang Dam, Tanjong Ipoh
  • Makam Tuan Tulis, Kuala Talang, Tanjong Ipoh
  • Taman Tasik Seremban, Seremban
  • Kampung Pelegong, Seremban
  • Masjid Tugu, Seremban
  • Stesen Kereta Api Seremban, Seremban
  • Rumah Api Tanjong Tuan, Teluk Kemang
  • Kubu Lukut, Lukut
  • Kolam Air Panas Pedas, Pedas
  • Pedas Wet World, Pedas
  • Istana Seri Menanti, Seri Menanti
  • Kompleks Kraftangan Kebudayaan dan Muzium Negeri Sembilan, Seremban
  • Muzium Tentera Darat, Port Dickson
  • Pantai Port Dickson, Port Dickson atau Sirusa

ase tu je la aku nak cita... apa2 yg menarik, inshaAllah smua geng2 aku pergi... wooohaaa! seronok3!!!
kat putry zul erney, hang p la cari abg ensem yg penah hang cakap dulu.. kan org negeri ensem2 belaka kata hang.. ahakssss.... lau ade lebeyh, boleh la bg kwn2 hang ni.. hehehehehehe


wokeyhh... tidur jommmm.... sok kol8 pg ada kelas mandarin.. lect mana tatau laaa... jangan hak dr China uda laaa.. mao mleleyhh err liok ceq tgk dia skeping... hehehehehe

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply