Contact Form

 

Hukum Menyimpan Teddy Bear & Patung Seangkatannya


Hukum menyimpan patung ini khilaf.. ada yang mengharuskannya dengan syarat, dan ada juga ulamak yang mengharamkannya secara total. Kebiasaannya, ulamak yg mengharamkan gambar benda2 hidup, akan turut mengharamkan patung2 ini. Ini kerana, ia boleh menyebabkan berlakunya kesyirikan dan pemujaan tanpa disedari.


Namun, ada pengecualian bagi patung ini.. iaitu patung2 yg menjadi permainan kanak2.. maka takde masalah.. Cuma yg menjadi masalahnya, orang2 tua pun dok main lagi patung2 ni.. mcm patung2 Kamen Rider, Transformers dsb.. itu bagi lelaki la.. Kalau perempuan plak, ada yg daripada kecik sampai la dah punya anak kecik, masih lagi tak bleh berenggang dengan Teddy Bear (ala2 Mr. Bean).. Sepatutnya, bila dah besar maka sifat kebudak2an kena la dibuang sedikit demi sedikit.. sebab tak lama lagi dah nak jadi isteri seterusnya menjadi mak orang..


Kalau masa kecik2 dulu, kena tido peluk teddy bear, bila dah besar ni, peluk bantal bolster (bantal panjang tu).. daripada cadar Winnie The Pooh kepada cadar bunga2 ke.. benda2 ni walaupun nampak remeh, tapi sedikit sebanyak boleh mempengaruhi watak dan pemikiran seseorang.

“Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung” (HR. Muslim)

Rumah yang tidak dimasuki malaikat, maka yg masuk adalah syaitan.. jangan terkejut kalau tengah2 sedap peluk teddy bear yg berbulu lembut, tiba2 berubah menjadi makhluk yang berbulu kasar.. hehe


Jika malaikat tak masuk, siapa yang masuk? Syaitan yang akan masuk ke dalam rumah. Bila syaitan masuk, rumah akan jadi panas, rumahtangga juga akan bergoyang. Malaikat masuk ke dalam rumah kita membawa keberkatan dan cahaya, so anda pilih lah nak siapa masuk dalam rumah, pilihan ditangan anda..

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply