Contact Form

 

Jenis Rawatan Gigi

1) Cuci gigi a.k.a Scaling

Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan)

2) Tampalan/Simen a.k.a Filling

Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada saraf gigi

3) Rawatan Akar / Saraf Gigi  a.k.a Root Canal Treatment (RCT)

Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam melibatkan saraf gigi

4) Sarung gigi a.ka. Crown

Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang.  Dinasihatkan agar dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham.

5) Jambatan a.k.a Bridges

Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi.  Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok.  Berfungsi menggantikan gigi seperti gigi palsu cuma bezanya ia akan disimen kekal dengan gigi bersebelahan dijadikan sebagai penyambung

6) Gigi Palsu a.k.a Denture

Untuk menggantikan gigi yang hilang.  Boleh dibuka dan dipasang semula (tidak disimen)

7) Gigi Palsu Sementara a.k.a Immediate Denture

Diberikan apabila cabutan gigi dilakukan.  (untuk kes tertentu sahaja)

8)Tanam Gigi a.k.a Implant

Untuk menggantikan gigi.  Berkemungkinan memerlukan beberapa langkah surgeri (pembedahan kecil) sebelum melakukan penanaman gigi.  Kos lebih mahal tapi lebih estetik berbanding rawatan gigi palsu memandangkan ia menyerupai gigi natural

9) Cabutan a.k.a Extraction

Cabut  cabut  cabut…hanaya bila dah tak dapat nak diselamatkan gigi tersebut

10) Pemutihan Gigi a.k.a Bleaching

Menggunakan sejenis asid yang berkepekatan rendah untuk memutihkan gigi

11) Pengetaman Gigi a.k.a Root Planning / Root Debridement

Rawatan hanya disediakan ditempat tertentu oleh pakar gusi (periodontik).  Diberikan pada mereka yang mempunyai masalah gusi yang teruk dan berkait dengan masalah gigi yang longgar

12) Pendakap Gigi a.k.a Ortodontic

Digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada kadar yang teruk (boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll jika tidak dirawat)

13) Mouth guard /Splint

Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sendi di rahang mulut



*masih terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh diberikan bergantung kepada kes /masalah.. apa yang saya senaraikan di atas merupakan antara rawatan yang biasa dilakukan diklinik  gigi terutamanya diklinik gigi pembelajaran


sumber

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply