Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi
wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini : dan PERNAHKAH KITA BERFIKIR
SEBALIKNYA…??
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga
dibanding lelaki.
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang
sangat mahal dan berharga…
makanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga
dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara
seorang muslimah dgn perempuan jalanan.
2. Wanita perlu meminta izin dari
suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya
ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding
lelaki.
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga
melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat
pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan
kurang dari lelaki.
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang
dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan,
ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan
mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat,
dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan
adalah syahid.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya
tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki
pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita?
7. Talak ada di tangan suami dan bukan
isteri.
Di
akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggung jawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan
saudara perempuannya.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah
haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggung
jawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaAllah…
Demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
ALLAH Maha Adil Lagi Maha Bijaksana..Setiap apa yg ditetapkan penuh dengan
hikmah..Fikirkan, renungkan, n bersyukurlah..
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
Berbahagialah menjadi
seorang Muslimah!!!^_^
sumber : FB