Setiap insan di dunia ini pasti
mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan
hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua
akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting
untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.
1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing
mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu
dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila
wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta
anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna
melantik isteri menjadi orang gaji.
2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan
rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan
bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk
mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan
pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba
memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi
yang disukainya itu apabila perlu.
3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang
tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan
apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling
mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika
sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu
menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.
4. Komunikasi yang baik
4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan
pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga.
Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang
dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada
caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi
perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk
meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.
5. Mengenal 'bahasa cinta'
pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang
perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti,
memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu
memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang
di antara satu sama lain.
6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta
benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua
ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan
kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan
elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak
puas hati mana-mana pihak.
7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak
lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan
lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan
segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa
agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.
Selalunya segala perselisan faham
dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan
dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis
di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih
mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.
8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan
hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan
seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya.
Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu
hancur.
9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan
berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini
kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan
semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan
dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu
sama lain.
10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet
yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar
menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa
yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan,
apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.
sumber : weddingimpian