Masalah
KAHWIN mahal, sebab belanja perkara tidak perlu untuk menjaga hati dan mata
beberapa pihak.
1- Ada
generasi masa kini bersungguh nak mengikut apa yg digariskan dalam pernikahan
menurut Islam, tapi terpaksa beralah dengan generasi lama (ibu bapa) yg 'perlu'
melakukan majlis resepsi/perkahwinan mengikut adat sedia ada dari dulu
masyarakat kita.
2- Ada juga
anak muda masa kini yg 'Ok' dengan segala adat yg telah masyarakat kita amalkan
itu. Mungkin atau dia telah bersedia dari awal, dan dah steady di usia
penghujung 20-an. 27,28,29 dah stabil.
3- ada juga
yg menentang + mengata orang yg nak berkahwin ikut Islam. Memberi pelbagai alasan
untuk membenarkan perkara tersebut. Antara alasan : memberi penghargaan kepada
si wanita, sebagai tanda kasih kepada si gadis dan sebagainya.
* Memberi
hantaran, perbelanjaaan ribu-ribu untuk sesuautu perkara tidak perlu dlm majlis
perkahwinan itu, pada asalnya HARUS. tetapi jika tidak mampu sehingga kena
mencuri , HARAM hukumnya. jika terbeban dan kemungkinan timbul masalah di masa
hadapan, MAKRUH. Untuk hukum lanjutan, boleh rujuk pada alim ulama yg lebih
luas ilmunya.
Perkara
pokok yg org selalu bincang berkenaan masalah HANTARAN TINGGI adalah untuk
memudahkan jalan kepada generasi mudah berkahwin. Hantaran tinggi bukanlah
penyebab kepada kes buang bayi, masalah sukar nak berkahwin disebbkan halangan
wang ringgit yg menjadi punca berzina.
Bila
budak-budak muda berzina, masyarakat salahkan remaja. Bila remaja nak menikah
awal, kena beli itu, buat itu ini. Budak baru 20 tahun, baru masuk kerja, mana
nak ada simpanan RM30K dalam bank....
Mau tak mau,
kena berhutang. Bila dah menikah, masalah dalaman mungkin timbul akibat
hutang..Mula la nak bercerai ka, bergaduh ka, hubungan mentua menantu retak dan
sebagainya..
Nampak tak
kesan dan akibat jika kita tidak mahu menurut ajaran Islam ?
banyak hikmahnya.
tapi NAFSU dan PERASAAN wanita mengatasi
segalanya.