Contact Form

 

Koleksi Petua Untuk Pelbagai Jenis Batuk




a. BATUK SERATUS HARI - Ambil akar pokok kemunting cina yang bunganya berwarna putih (bukan warna ungu). Asahkan pada bontot pasu (bubuhkan sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya. Minum air tersebut 2 kali sehari. Dalam masa 2 atau 3 hari ia akan sembuh.

b. BATUK BIASA (BRONKITIS) - Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari dan garam sedikit. Kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya. Selepas 5 minit rasa gatal akan hilang.

Tanda-Tanda Batuk Biasa:

1. Batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak.

2. Pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas.

3. Keadaan batuk (bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat badan.

Cara-Cara Mengelak:

a. Bernafas diudara yang segar dan bersih.

b. Asap rokok adalah gangguan yang paling utama bagi penghidap batuk jenis ini.

c. Elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain.


c. BATUK REJAN PADA KANAK-KANAK - Batuk ini adalah batuk yang tidak mahu berhenti-henti, biasanya berlaku pada kanak-kanak.
Ambil air perahan daun peria dan beri minum pada anak tersebut. Oleh kerana air perahan ini terlalu pahit, kahak-kahak akan keluar. Buatlah berulang kali jika perlu.


d. UBAT BATUK MUJARAB - Makan buah kudu yang sudah masak dengan garam. Gatal-gatal, serak dan batuk akan hilang.


e. BATUK (suara serak/kahak pahit) - Ambil bawang besar 2 biji, buangkan kulitnya dan tumbuk tumbuk atau dimesinkan sehingga hancur. Kemudian tapiskan dan ambil airnya dan minum sekadar 3 sudu besar. Minum 2 kali sehari. Amalkannya 2 hari berturut-turut.

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply