Contact Form

 

3 Panduan Mengesan Perubahan Suami

wahhh... sadis u.. i terbaca bahgian kolumnis SH... sentap gak... even tgh office hour, nyempat2 lah on9 jap then update belog usang niii... kira ni first time update sepanjang intern.. so.. based on part 1 & 2 tu mmg "signal".. yg memang da sedia tau.. part 3 tu just cara "sindir" saumi yang mula brubah.....

1. Seorang lelaki apabila mencecah umur 40 tahun, dia memang sedang macho.
Inilah saatnya seseorang lelaki itu ‘baligh kali kedua’. Ini bermakna pemikiran, sikap serta prestasinya berulang sebagaimana dia mula-mula baligh pada usia remaja dahulu. 

Oleh yang demikian, usah terlalu risau, insya-ALLAH apabila usianya melepasi 40-an nanti, dia akan kembali ‘perlahan’. Usia 40 memanglah sedang matang, malah ada ungkapan berbunyi, Life begin at 40.

2. Bantu berikan layanan A1.
Bongkar kelebihan-kelebihan yang dikagumi ini dan pamerkan selalu, moga-moga dia perasan bahawa apa yang diperlukan itu ada pada diri anda, justeru, dia tidak perlu terlalu miang lagi.

Kesilapan kebanyakan para isteri ialah mereka tidak lagi mempamerkan apa-apa yang dikagumi oleh suami terhadap diri mereka dahulu.Tiada sebab seorang lelaki hendak bersusah payah mencari di luar jika dia mendapat kesemuanya di rumah.

3. Bawakan suasana orang beriman di dalam rumah tangga.

Kerap membaca al-Quran, kerap bangun solat malam dan kerap membuka rancangan-rancangan agama di radio dan televisyen.

Moga-moga usaha ini sedikit sebanyak membuatkannya segan kepada diri sendiri.

Memang nafsu masih menggila tetapi apabila melihatkan anda yang semakin cenderung ke arah keagamaan, timbullah perasaan untuk membuat perubahan diri.


Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply