Contact Form

 

21Tips Membuatkan Suami Bertambah Sayang



1. Bersihkan diri
Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.

2. Sentiasa senyum
Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

3. Tidak moody
Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.

4. Jangan menyampuk 
Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.

5. Jadi pendengar yang baik
Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

6. Jangan Menengking
Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking

7. Jangan Menjawab
Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.

8. Lebih Sporting
Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.

9. Bergurau senda
Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T

10. Cepat bertindak
Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.

11. Dulukan suami
Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.

12. Mintak izin suami
Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”

13. Kemas rumah
Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.

14. Masak untuk suami
Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.

15. Sediakan minuman
Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja

16. Sentiasa bersedia
Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

17. Cium tangan suami
Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.

18. Tidak materialistik 
Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.

19. Pandai menghargai
Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.

20. Ucapkan cinta
Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??

21. Teman suami
Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan dan jangan biarkan suami tidur sendirian.

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply