Sambung master atau bekerja? Itulah yang seringkali berlegar-legar dalam kepala bakal graduan atau yang baru bergelar graduan. Tidak pasti yang mana paling sesuai dengan diri, yang mana lebih menjamin masa depan.
Tetapi ada juga yang telah jelas tentang hala tuju hidupnya. ‘Aku akan mencari kerja. Belajar lagi langsung bukan pilahan aku. ‘, ‘Aku dah penat belajar’, ‘Aku suka belajar’, ‘Aku nak masuk bidang akedemik’. Kenyataan-kenyataan ini sudah cukup membuktikan mereka sudah punya arah untuk disusur. Disini, saya bukan ingin menerangkan yang mana lebih baik, yang mana lebih sesuai, tetapi saya akan ceritakan sedikit apa yang saya tahu untuk menyambung pelajaran dalam bidang sarjana atau master.
Apa yang saya akan nyatakan ini hanyalah bersifat umum, lebih untuk memberi panduan. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menyambung master ni. Apa kelayakan? Dimana tempatnya? Macamana yurannya?
Ok. Pertama sekali, kelayakan. Secara amnya CGPA yang diperlukan ialah 3.00 keatas. Sangat baik jika dapat 3.50 ke atas. Tetapi jika pointer anda kurang daripada 3.00 jangan risau, peluangnya masih luas. Cuma mungkin ada beberapa procedure semasa urusan permohohnan seperti perlu menghadiri interview. Itu bergantung kepada universiti yang dimohon. Jika anda baik dengan pensyarah, itu boleh jadi peluang yang baik untuk anda.
Bila dah ada kelayakan atas kertas, jom kita tengok kelayakan dalam diri pulak. Itu yang paling penting. Anda kena betul-betul tahu kemampuan anda. Master ni jauh sekali susahnya daripada undergrad. Bukan untuk menakutkan atau lemahkan semangat. Tapi, itulah pengalaman kebanyakan yang ambil master. Bayangkan kita hanya diberi tajuk, dan segala-galanya kita uruskan sendiri. Itu jika kita buat master by research. Oh ye, lupa saya nak terangkan, master ni ada dua jenis. By research atau by course.
By reserach tu maksudnya master kita 100% daripada research yang kita jalankan. No exam at all! (Ni yang best). Tapi progress perlu dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan biasanya setiap hujung semester atau setiap 6 bulan. Tempoh masa untuk master jenis ini biasanya 2 tahun. Ada juga yang jenis jalankan dulu research, bila dah nak siap baru register. Kalu macam ni, setahun pun boleh siap. Tapi diingatkan, biasanya student postgraduate (master) perlu present paper di mana-mana conference national atau international. Ini salah satu syarat wajib untuk master.
Untuk by course pulak. Sama macam masa undergrad. Cuma kelas tak adalah sesak macam undergrad dulu. Biasanya kalau by course ni setahun je, tapi ada jugak yang 2 tahun. Saya pun kurang arif tentang master by course ni. Tapi saya penah jugak cari-cari maklumat masa undergrad dulu. Apa yang saya tahu, final sem kena buat thesis. Assignment pun boleh tahan jugak banyaknya (ni dari pengalaman kawan).
Kalau tak silap saya ada jugak jenis master yang by research + by course. Maksud saya, dua-dua pun buat. Buat reseacrh dan ada kelas. Hmm, hebat ni. Mungkin subjek yang diambil tu taklah banyak sangat.
Berbalik pada kelayakan tadi, macamtulah, kalau rasa diri ni memang bukan jenis nak menatap buku, journal, computer, jenis yang nak merayap je, lebih baik fikir lama-lama sikit. Walauapapun, kita mampu mengubah diri kita sebenarnya kelau kita ada kemahuan dan matlamat yang jelas. Minat? Susah nak bincang pasal minat ni. Ada yang kata minat tu boleh dipupuk, tapi kadang-kadang kalau dah jenis memang tak minat, memang tak suka, susah jugakkan? Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Sekarang ni, di mana nak sambung? Pilihan memang banyak. Pertama sekali, kalau pointer anda bagus boleh la cuba untuk sambung ke oversea. Biasanya kalau nak pergi oversea ni kena cari sponsor. Cariklah dekat internet mana-mana universiti atau syarikat yang ingin menjadi penaja. Universiti yang biasa saya dengar menaja pelajar ke oversea ialah UM dan UNIMAP/KUKUM. Mereka ada skim yang dipanggil SLAB (Skim Latihan Bumiputera). Mungkin ada universiti lain tapi saya tak pasti. Kalau ditaja dibawah skim ini, kita akan terikat untuk bekerja dengan universiti tersebut. Tempoh pengajian bergantung pada jenis course yang anda ambil. Kalau nak cepat setahun je. Skim ni juga mewajibkan(kalau tak silap) anda menyambung pengajian sehingga PHD. Satu lagi, untuk SLAB UM, pointer anda mestilah atas 3.5. Itupun belum tentu dapat. Kalau UNIMAP, atas 3.00 dah boleh mohon. Jika anda berjaya mohon, anda perlu duduki ujian English-IELTS (macam muet) dan anda kena lepas mengikut markah yang telah ditetapkan. Kosnya kalau tak silap dalam RM500 ke RM600 untuk satu test.
Jika anda telah memilih untuk sambung di dalam negara. Peluangnya begitu cerah sekarang ni. Banyak universiti yang membuka peluang seluas-luasnya untuk menerima pelajar sarjana. Hmm.. masing-masing nak jadi universiti terbaik. Ada beberapa cara yang boleh saya nyatakan disini. Samada anda menjadi research assistance(RA), ditaja sepenuhnya, menaja diri sendiri atau tajaan terhormat dari ibu dan ayah. Sekali lagi, apa yang saya nyatakan ini hanya dari pengalaman dan apa yang saya tahu. Mungkin ada yang silap atau tak cukup. Jadi boleh tambah maklumat lagi.
Saya lihat, sekarang ni ramai yang memilih untuk jadi RA. Kebaikan menjadi RA ni, anda tak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk research. Boleh gunakan peruntukan projek. Itu yang paling utama. Bayaran atau gaji pula bergantung pada grant/funding projek tersebut. Jumlah yang sering saya dengar sekarang ni ialah RM1200-RM1500. Ada juga yang kurang dari RM900 dan ada juga yang mencecah RM2k! Biasanya, kalau jadi RA ni master pun kenalah by research. Yang paling best, jka anda menjadi RA anda boleh mohon skim khas untuk RA dimana anda tak perlu bayar yuran pengajian! (UM contohnya).
Anda juga boleh mohon tajaan daripada universiti-universiti, Kementerian sains, teknologi dan inovasi(MOSTI) , National Science Fellowship (NSF), KHAZANAH dll. Tapi kalau tak silap, khazanah hanya sponsor pelajar ke luar negara. Cuma saya nak ingatkan jika anda ingin mendaftar dahulu kemudian baru apply scholar, pastikan anda mendaftar pada sem 1 (lebih kurang bulan 7 or 8 ) sebab ada penaja yang tidak mahu menerima permohonan pelajar yang daftar sem 2. Ops, jangan pening. Macam ni, bagi yang buat by research anda boleh register bila-bila yang anda nak, sebab tu kena tau pasal ni, tapi kalau by course memang dah ada tarikh yang ditetapkan, tak perlu risau.
Kalau yang mampu boleh la taja sendiri. Boleh juga buat part time master. Yuran pendaftaran untuk by research dalam RM1400-RM2000 dan by course RM2500++++. Bergantung pada universiti dan bidang yang diambil.
Sedikit procedure untuk master by research.
Carik supervisor dalam bidang yang dipilih –> Bincang tajuk–> Buat Proposal–>Hantar borang application –> Tunggu kelulusan –> Tunggu surat tawaran –> Apply scholar (lebih baik selepas dapat tawaran master, sebab lebih kukuh) /RA/Kumpul duit –> Register.
Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin ada yang saya tertinggal atau lupa untuk tulis.
copy paste dari:
http://brightnur.com/2008/01/19/sambung-masterijazah-sarjana/