Contact Form

 

Tatacara Bagi Pengundi Baru Mahupun Lama







1. Apabila anda datang ke tempat mengundi, pastikan anda membawa kad pengenalan

2. Serahkan kad pengenalan anda kepada mereka yang bertugas di kaunter yang telah disediakan 

3. Apabila mereka membaca no kad pengenalan anda, pastikan bacaannya betul

4.apabila no kad pengenalan anda telah sah, mereka akan tanda kehadiran anda sebagai pengundi
*peringatan!!! Pastikan petugas tidak membuat sebarang catatan pada nama anda pada list nama pengundi. Sekiranya berlaku demikian, anda boleh "membantah!" perbuatan mereka kerana tiada sebarang catatan yang boleh dibuat. Jangan percaya sekiranya mereka mengatakan ia hanyalah prosedur biasa. Contohnya: menulis nombor pada hujung nama anda pada list nama


5. Seterusnya, anda akan diarahkan untuk ke kaunter seterusnya bagi mengambil kertas undi.
*peringatan!!! Pastikan kertas undian anda bersih dari sebarang calitan pena dan sebagainya sebelum membuat undian. Sekiranya berlaku perkara sedemikian, anda boleh meminta kertas undian lain dari petugas. Perkara ini penting supaya kertas undian anda dikira sebagai "rosak" kerana hanya kertas undian bersih sahaja akan dikira

6. Perhatikan sekali lagi sama ada petugas melakukan catatan pada kertas undian anda. Sekiranya berlaku demikian anda boleh membantah sekali lagi perbuatan mereka.

7. Setelah mendapat kertas undian, anda bolehlah membuat undian di tempat yang telah disediakan.

8.apabila anda telah selesai membuat undian, masukkan kertas undi ke dalam bekas yang telah disediakan.

~untuk pengetahuan anda, terdapat pagawai pemerhati di tempat mengundi, mereka akan berada pada satu sudut tertentu. Sekiranya anda membuat bantahan terhadap petugas seperti yang tersebut tadi, mereka akan mengambil tindakan susulan

ingat mengundi itu hak anda,

KATAKAN TIDAK KEPADA PENGUNDI HANTU!!!!


selamat mengundi

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply