Adalah
dikisahkan… pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia.
* Bayi itu
bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau
akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya
begitu kecil dan lemah.”
Tuhan
menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan
mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi
bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan
hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk
berbahagia.”
Tuhan
menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di
sana”
* Bayi
bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap
dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan
menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah
yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar
kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi
bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara
kepadaMu?”
Tuhan
menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan
bermunajat kepadaKu.”
* Bayi
bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang
akan melindungi saya nanti?”
Tuhan
menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan
raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi
bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat
melihatMu lagi.”
Tuhan
menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan
mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun
sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat
itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas
kedengaran.
* Dan sang
bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini,
bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan
menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah,
sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu
mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya
harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk
para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak
mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.