Contact Form

 

Kronologi Gempur Penceroboh Pihak ATM di Lahad Datu 5 Mac 2013



12 tgh hari - Setakat ini kematian penceroboh belum disahkan lagi dan tiadakematian dari pihak kita. Alhamdulillah

11.20 pg - Operasi udara telah dihentikan, Pasukan darat pula ambil alih serangan.

11.20 pg - Laporan mengesahkan tiada kecederaan atau kematian dari Pihak Malaysia...Alhamdulillah !!

10.15 pagi - Bergegar bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, di mana tempat wartawan berkumpul akibat letupan berdekatan !!

10 pagi - Pasukan keselamatan lancar serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping. Suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia. Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis.

9.30 pg - Unit Udara telah mendahului dan menyerang kedudukan Penceroboh di Lahad Datu. Kedengaran lebih daripada 10 letupan berlaku di sana.

9.00 pg - Kedengaran bunyi pesawat dan letupan kuat di sekitar kampung Tanduo. Keadaan tegang tapi tenang.

Jam 8.06 pagi - Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu

Jam 6.00 pagi - 7 Batalion tentera telah berada di sekitar Sabah. Setakat pagi ini tiada serangan dan pencerobohan yang berlaku. 

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply