Contact Form

 

Kenapa Sultan Sulu Menuntut Sabah & Sejarah Kesultanan Sulu



Kesultanan ini ini bermula bila seorang peranakan Arab Johor datang membuka pemerintahan selepas mengahwini seorang puteri tempatan atau ‘dayang’ di Sulu.Namanya Syed Abu Bakar Abirin.

Lebih kurang 100 tahun sebelum tu,ada seorang lelaki dari Minang,Sumatera namanya Raja Bagindo telah berdakwah kepada penduduk Sulu di mana sebelum tu ada tercatat nama Karim Al-Makdum,seorang pendakwah Arab datang membawa agama Islam kepada bekas wilayah emperium Srivijaya ini.Raja Bagindo menyambung usaha ulama Arab tu dan berjaya mengislamkan keseluruhan orang Tausug.Oleh sebab Minang dan Melayu ni adik beradik,maka ada satu pertalian misteri antara orang Tausug dan Melayu.Dari budaya dan bahasa dan macam-macam.Sebab tu bila Marcos latih anak Sulu supaya serang Malaysia,mereka tak mahu sebab sama agama dan serumpun.

Masa ni Kesultanan Sulu berkuasa di Sulu sahaja.Di Borneo,Sultan Brunei berkuasa.Tapi Brunei ni menghadapi macam-macam masalah sebab Borneo ni luas sangat.Satu lagi mereka terpaksa menghadapi penentangan suku-suku tempatan macam Dayak,Iban dan sebagainya.Ada kawasan yang mereka berjaya tundukkan,ada kawasan yang kejap ok kejap memberontak.Macam tu la sejak beratus-ratus tahun sejak era raja-raja Boni sehingga era Kesultanan Brunei.

Brunei dan Sulu ni pun ada pertalian misteri adik-beradik.Pangkal nama perempuan Brunei adalah ‘dayang’ dan ini juga dipakai di Sulu menunjukkan darjat tertentu.Padahal dalam kerajaan Melayu di semenanjung,dayang ni adalah pelayan wanita elit yang bertugas dalam istana raja.Ini menunjukkan ketika Emperium Srivijaya,ada satu ‘clan’ yang dilantik di kalangan orang-orang dari Borni dan Sulu atau sebelah kepulauan Filipina dengan gelaran2 tertentu.Contohnya ‘Datu’ dan ‘Paduka’ memang popular di Sulu dan Filipina. Juga gelaran Rajah dan Shariff.Shariff ini popular dalam masyarakat Islam.

‘Awang’ adalah pangkal nama lelaki di Brunei dan budaya ini anehnya ada di Kelantan.Raja-raja Melayu purba pernah berpusat di Kelantan,Kedah sehingga ke Segenting Kra.Pemerintahan Sri Dharmaraja sampai ke Pahang.Dalam petitih-petitih Siam era klasik ada mengatakan Siam itu sampai ke Pahang.Masa tu Siam ni tak identik dengan Ayutthaya tapi Sri Dharmaraja sebab ini kerajaan besar sebelum wujud Ayutthaya.Sultan Melaka pernah berperang dengan Maharaja Dewasura,ini pemerintah Pahang yang masih setia dengan Sri Dharmaraja.Maharaja Srivijaya mempunyai seorang anak nama Sanjaya dan dia inilah Aji Saka yang bawa kebudayaan Kelantan Kuno ke Jawa.Sebab itu ada wayang kulit dan kain batik kat Jawa.Dalam rekod Khmer,Sanjaya ialah Ajiraja.

Berbalik kepada Kesultanan Sulu,ada satu ketika Sultan Brunei hadapi satu pemberontakan dalam wilayahnya.Jadi Sultan Brunei minta saudaranya,Sultan Sulu bantu.Pemberontakan tahun 1703 tu berjaya diatasi.Sebagai hadiah,Sultan Brunei bagi timur Sabah pada Sultan Sulu.Inilah ALASAN yang dipakai oleh Macapagal dan Marcos nak tuntut Sabah dan sesetengah militan Sulu.

Nak tahu pasal apa James Brooke jadi Rajah Putih?Sebab Sultan Brunei tak mampu hadapi pemberontakan dan kekacauan dalam wilayahnya. Nampak? Beres masalah, bagi tanah kat orang lain.Selesai masalah,bagi tanah kat orang lain.Sebab apa?Sebab raja-raja Melayu masa tu kaya dengan tanah.Tanah ni satu ‘matawang’ yang paling high demand macam Dinar Kuwait dan bersifat universal.Satu lagi orang putih memang nakkan tanah untuk buat port dan kawal perdagangan.

Pada abad ke-19,Sepanyol mula serang Kesultanan Sulu.Akhirnya pada tahun 1851,Sulu dan Sepanyol buat penjanjian damai.Dalam perjanjian tu Sultan Sulu dipaksa mengakui kedaulatan Sepanyol atas Sulu.

Lepas tu,macam wabak penyakit,Sultan-sultan Sulu galak lepaskan wilayah pada para penjajah yang cekik darah.Mula-mula pajak tanah pada ejen British,Dent dan Overback lepas tu pada tahun 1903,Sultan Jamalul Kiram bagi terus Kempeni Borneo Utara.

Tapi yang paling menyusahkan ialah Sepanyol.Mereka tak henti2 kacau Sulu sampai ada satu perjanjian namanya Protokol Madrid yang ‘absolutely’ nak tuntut seluruh Kesultanan Sulu diberi pada conquistador ni.
Lepas tu Amerika datang dan berperang pula dengan Sepanyol.Amerika ni baru nak naik ekor.Bayangan kuasa baru masa depan.Sedangkan British boleh kena halau masa Perang Kemerdekaan Amerika,apatah lagi Sepanyol si conquistador tua ni.Sepanyol kalah dan secara automatik seluruh Filipina dan Sulu bawah Uncle Sam.
Masa nilah Kesultanan Sulu ni terus terhapus.Ingatkan Amerika ni ok lagi dari Sepanyol,rupa-rupanya lagi kejam dan agresif.Banyak pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh tentera Amerika.Masa ni kerabat sultan memang tak dengar berita dah.Sejarah sultan-sultan Sulu jadi ‘loophole’ masa penjajahan Amerika ni.Ini jadi ALASAN segala bagai manusia yang mengaku waris sah Sultan Sulu.Lebih dua puluh orang mengaku waris sah Sultan Sulu dari pelbagai keluarga kesultanan sehingga wakil kerabat Sultan Sulu pun nak tumpang sekaki mengaku sultan juga.

Saya nak sentuh pasal kes tuntut tanah dengan alasan dahulu ia kepunyaan satu-satu pemerintahan.Dalam kes Filipina,dia tak boleh tuntut Sabah sebab dahulu tiada Filipina.Tanyala Kamaluddin,Alauddin atau Jamalul Kiram siapa Filipina?Filipina hanya wujud sejak 1898. Filipina menuntut Sabah melalui Kesultanan Sulu,padahal pernah ke Sultan Sulu duduk bawah Filipina? Tak pernah makhluk nama Filipina ni perintah Sultan Sulu sebab seluruh Kepuluan Filipina termasuk Sulu duduk bawah Sepanyol dan Amerika.Jadi Filipina dan Kesultanan Sulu = TIADA KAITAN.

Ini beza dalam kes Pulau Pinang.Sultan Kedah berhak tuntut Pulau Pinang sebab Kesultanan Kedah telah wujud sejak 1136 Masehi!Perjanjian dengan Francis Light tu pun dengan Sultan Kedah,institusi yang sama.Apabila Malaysia merdeka dari British,maknanya automatik British serah balik seluruh haknya di sini pada Malaysia.Jadi segala perjanjian pelik raja-raja dulu terbatal.Dia reset balik.Ini beza dengan kes Filipina sebab yang sign penjanjian dengan Sepanyol atau Amerika bukan ‘Sultan Filipina’. 

Filipina ni macam tuntut tanah atas nama moyang orang lain.Sultan Kedah pula berhak tuntut tanah moyangnya dulu.

Ok,katakan ada ‘Sultan Sulu’ pada zaman moden ni tetiba je tuntut Sabah.Apa macam?

Tak boleh sebab Sabah dah diserah oleh Sultan Sulu pada penjajah lepas tu Sabah memilih merdeka bersama Malaysia.

Kedah boleh tuntut Pulau Pinang sebab perjanjian dah reset sejak merdeka.Sultan Kedah hanya bincang dengan Pusat (Malaysia) sebab British serah Tanah Melayu pada Malaysia.Jangan takut pada Francis Light.Sekarang Francis Light ada urusan yang sangat berat di alam barzah.

Dalam kes Sulu-Sabah,takde situasi ‘reset’ ni.Bila Sabah setuju merdeka dengan Malaysia,dia ada PERJANJIAN baru.Sultan Sulu kena defeat perjanjian ini malah perjanjian-perjanjian pelik yang lain,yang disetujui sendiri Sultan Sulu.

Kena panggil balik Sepanyol dan Amerika.Mungkin Sultan Brunei sekali dok bincang.Silap haribulan,Sultan Brunei pula tuntut Sabah pula.

Sebab itu saya merasa pelik dengan kes Batu Putih sebab sepatutnya Malaysia tuntut melalui Kesultanan Johor.Singapura nak tuntut melalui apa?Kerajaan Temasek?Sebab Singapura Moden tak pernah jajah Batu Putih sebab diri dia sendiri kena jajah dengan British.Pulau tu patut kena tanya British dia buat perjanjian dengan siapa (of course Sultan of Johor).Kalau saya deal dengan anda,kenapa orang lain boleh tuntut barang saya.Hanya saya dan anda sahaja berhak dirujuk atas barang tersebut.
Sepak terajang sejarah ni…sekarang adalah trend untuk ambil tanah orang lain sesukahati.Sebab itu belajar sejarah tu penting supaya orang lain tak boleh tipu anda hidup-hidup ataupun setelah anda mati.

sumber aduka PBJ

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply