Contact Form

 

Hmmm... Masing-masing dah mula ada haluan sendiri.................


memang fitrahnya kehidupan manusia ni kan? setiap peringkat/fasa usia akan ada yang berlaku....Umur manusia yang pendek itu dapat kita bahagikan kepada beberapa fasa iaitu fasa (1) Kanak-kanak, (2) Fasa Dewasa, dan (3) Fasa Tua. Namun demikian, daripada 3 fasa ini, dapat pula kita bahagikan kepada menjadi 4,5 atau 6 fasa ataupun lebih supaya dapat memberi kesan terhadap tujuan pembahagian kita. Ada sesetengahnya membahagikan kepada10 fasa seperti senarai di bawah berikut:


1. Fasa Kanak-kanak
Iaitu sejak hari kelahiran sampailah kita berusia hampir 7 Tahun. Setelah berumur lebih 40 hari. di samping mempunyai kepandaian untuk menangis , bayi mulai pandai melihat dan senyum mesra. Kemudia setelah umur mula mencecah 6 bulan ,  bayi tersebut seudah mula dapat memberikan isyarat – isyarat yang membayangkan kemahuannya. Setiap pertumbuhan dan perkembangan jasmaniyah dan rohaniah pada masa kanak- kanak itu segalanya menurut sunnahtullah atau proses kejadian yang ditentukan oleh Allah SWT dan tidak ada seorang manusia atau sesiapa pun  yang dapat mengubah, menghalang atau mempercepatkannya.Semuanya  ini membuktikan bahawa Allah SWT yang menciptakan Maha Halus lagi Maha Bijaksana.

Firman Allah Surat Luqman 16:
” Wahai anakku , kata (Luqman kepada anaknya ), apa-apa punyang seberat biji sawi di dalam perut bumi atau di angkasa , Allahlah yang menciptakannya. Sungguh Allah itu Maha halus dan Maha Bijaksana .”
2. Masa Remaja
Iaitu antara 8 sehingga 14 tahun, inilah masa di mana mereka tidak pernah untuk duduk diam dan selalu aktif; selalu bergerak, berdiri, berjalan dan berlari. Pada tahap ini berlakulah pertumbuhan jasmani dan rohani yang luar biasa. Timbul semangat berlumba- lumba dan berdaya saing dalam segala hal , semangat ingin menang dan semangat ingin sentiasa lebih daripada orang lain.

Pada tahap ini, jika seseorang individu itu dipimpin dengan penuh baik oleh kedua ibu bapa ataupun guru, maka akan baiklah individu ini. Namun, jika sebaliknya yang berlaku maka akan musnahlah masa depannya.

3.Masa akhil Baligh
Iaitu dalam lingkungan umur 15 sehingga 21 tahun (berbeza-beza ikut jantina dan persekitaran).  Pada masa ini, seseorang individu itu mudah tertarik kepada yang baik, dan mudah juga untuk tertarik kepada hal-hal yang tidak baik. Hal ini kerana pada tahap ini, mereka memerlukan model dalam meniru perwatakan yang sesuai. Maka, pada masa inilah sepatutnya kedua ibu bapa mahupun guru memberikan fokus mendalam dalam gerak geri mereka. Mereka perlu diberi nasihat yang berterusan dan janganlah sesekali ibu bapa mahpun guru-guru menjadi malas dan bosan dalam memberikan nasihat  yang berguna agar mereka tidak terpengaruh dengan 'role model' yang salah dan agar mereka terhindar daripada terjebak dengan dorongan nafsu syahwat yang seringkali membawa manusia jatuh ke lembah kehinaan dalam hidup ataupun kerosakan terhadap sistem tubuh badan dan jiwa mereka. Apa yang paling penting dalam fasa ini ialah perlu tertanamnya keyakinan yang benar-benar mantap terhadap urusan agama, nasihat yang bermanfaat berdasarkan nas-nas Alquran dan Hadis nabu Muhammad SAW.

4 Masa Dewasa
Iaitu dalam lingkungan 21 sehingga 26 tahun. Pada saat inilah sempurnanya hakikat sistem tubuh badan manusia sama ada jasmani mahupun rohani. Namun, di sebalik nafsu syahwat yang terumbang-ambing, ada segelintir golongan pemuda yang masih mampu memelihara diri mereka daripada kerosakan, menjaga nama baik keluarga, kesihatan dan pemikiran mereka.

Dan pada fasa inilah seseorang itu dianjurkan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan perkahwinan agar segara desas-desus nafsu syahwat itu dapat disalurkan ke tempat yang baik dan tidak menghancurkan maruah diri dan juga kesihatan. Dan juga, mampu memberikan rasa bertanggungjawab dalam menggalas peranannya terhadap isteri dan memelihara kestabilan keluarganya.

Melambatkan perkahwinan ataupun nikah pada masa ini akan mengakibatkan berlakunya kemudaratan terhadap sistem tubuh badan dan rohani para pemuda dan pemudi. Tidak kurang juga ada yang bakal melemahkan sistem urat saraf manusia, melembapkan aspek pemikiran dan lain-lain kajian yang telah terbukti secara saintifik. 

Perlu diigatkan bahawa bahaya terbesar yang menanti bagi mereka yang menidakkan perkahwinan adalah kes penzinaan yang merosakkan akhlak, kesihatan dan juga pemikiran manusia.
5.Masa Sempurna Dewasa
Iaitu di antara umur 27 sehingga 35 tahun.  Pada masa pertumbuhan jasmani dan pemikiran mula mencapai tahap yang tertinggi. Akan fikiran sudah mula terbuka dan matang dan senang untuk membuat sesuatu keputusan mahupun pendapat. Dan dia terus merencanakan hidup diri, keluarga, begitu juga bangsa serta tanah airnya. Bagi orang-orang yang rajin membawa dan suka akan ilmu pengetahuan, mereka pasti akan meneruskan perjuangan tersebut untuk menambahkan lagi ilmu yang mereka miliki.

6.Masa Pertengahan Umur
Iaitu dalam lingkungan umur 36 sehingga 40 tahun. Pada masa inilah manusia mula stabil. Pada ini jugalah kebanyakan para nabi dan rasul-rasul diangkat dan dilantik oleh Allah SWT. Pada masa inilah ramai orang menjadi pakar dan mampu mengeluarkan pendapat-pendapat baru. Pada saat ini, manusia mula melihat bagaimana mahu menjadi terkemuka, menjadi orang yang penuh berjasa kepada masyarakat dan negara. Pada masa ini ramai yang akan mula berkorban untuk manusia, bangsa, negara dan tanah air; mereka mula tidak mementingkan diri lagi.

7.Masa Setengah Tua
Iaitu dalam lingkungan umur 41 sehingga 50 tahun, di mana pada masa ini kebiasaanya mereka tidak mahu lagi menyebut diri mereka sebagai pemuda mahupun pemudi walhal segan pula disebut sebagai orang tua. Tetapi purata umur manusia hanyalah sekitar 60 sehingga 70 tahun, maka bolehlah kita klasifikasikan umur ini sebagai umur yang sudah tua memandangkan sudah menjangkau separuh jangka hayat manusia normal.

Pada masa ini, seseorang individu itu mula merasa rasa bosan dan tidak berminat lagi kepada kebendaan. Ramai juga yang sudah tidak mula kisah akan perihal makanan mahpun minuman yang biasanya diminatinya dahulu kala. Mereka juga tidak akan mula suka menonton hiburan yang sebelumnya disukai oleh mereka.

Dengan pengalaman hidup hampir lebih 40 tahun yang mereka miliki, menjadikan mereka menjadi orang yang mula mengalihkan pemikiran dan jiwa mereka kepada luar daripada dunia kebendaan. Fokus mereka adalah lebih kepada soal kematian, hidup sesudah mati, mengenal Allah dan agama mula timbul di benak hati mereka.



begitulah fasa umur manusia.... sekarang aku di fasa ke 4.. yang mana... kawan rapat aku masa skola da menghampiri utk melewati zaman dewasa mereka dgn mendirikan rumah tangga... dulu salah sorang BFF aku da kawen... aq tak dpt prg sbb kt sintok ni.. da hujung2 sem plak masa tu... faham2 je la keadaan eco-sos masa itu bg student cam aku...

now, last week.. aku mesej my BFF zmn skola dlu2..dia kata dia da bertunang- tekejut beruk gak aq.. member2 lain pun tak tau dia bertunang.. maklom msg2 smua "busy" dan jao.. dia plak buat kecil2an.. so... mmg xde kawan2 kita org yg tau... aq mungkin 1st.. xpa la bertunang.. pastu kawan aku lg sorg nak bertunang 3hb(esok).. mmg mustahil aku nak balik... cost mmg tgi... if aku kat kg.. mmg inshaAllah, mmg xkan ada halangan utk aq hadiri majlis dia.. sedihnya camni...


nanti mereka buat majlis entah kan dpt entah kan tidak kami bersua... satu2nya xkan aq dpt elak bila tengah "final exam" @ minggu2 akhir(penting) sebelum final exam...  maafkan aq ye kawan2 ku syg... fahamilah kawan mu yg seperti ini.... bukan kami tak mahu hadirkan diri.. cuma, kami terhalang dek tanggung jawab... 


pastinya, doa mengiringi langkah kalian... moga si dia dapat menjadi terbaik buat kalian... sebagai sahabat ku harapkan yang terbaik buat kalian... kebahagiaan pastinya milik kalian... inshaAllah... salam sayang buat sahabat ku sekalian 

-Ada & Bel-


hmm... sedeyh plak mlm2 cmni... mana taknya, pasni masing2 da ada tanggung jawab dgn fmly @ kehidupan tersendiri... xda la zman sukda duka kita cam dulu kecuali yang bernama KENANGAN!!! da la, mood cloudy2 je seminggu dua ni...aishhhh... xleyh jadi.. xleyh d lyn.. kang nyusah diri sndri...sem baru je naik... kne setting elok2, target dean list sem ni... Amin!!

jom tido... sok nk jalan2 hang out dgn kawan2 kat sni...


Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply