Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas di dalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan saja. Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih saja.
Sementara menanti hendak bersalin dan apabila berada dalam air, tidak bermakna wanita itu tidak boleh keluar langsung daripada tab. Wanita itu boleh keluar seketika misalnya, jika terasa hendak buang air atau sudah bosan berada di dalam air. Malah, boleh keluar daripada tab untuk minum teh atau kopi, kemudian masuk semula...
Pada peringkat akhir bersalin, air seolah-olah meningkatkan tenaga wanita.
Apungan mengurangkan berat badan, membolehkan pergerakan bebas dan kedudukan serta menggalakkan pengecutan rahim yang lebih cekap dan peredaran darah lebih baik. Ia juga mengakibatkan pengoksigenan otot rahim yang lebih baik, kurang kesakitan untuk ibu dan lebih banyak oksigen untuk bayi.
Air seolah-olah untuk mengurangkan hormon yang berkaitan dengan tekanan membolehkan badan ibu untuk menghasilkan endorfin. Air juga mampu untuk merehatkan mental dan menyediakan rasa privasi.