Contact Form

 

MENGENALI JENIS KULIT ANDA


Menginginkan kulit yang sihat dan cantik adalah menjadi idaman setiap kaum hawa, maka mengenali jenis kulit dan mengetahui produk yang sesuai dengan kulit kita amatlah penting. Kulit merupakan organ luar dan penting  yang kita miliki. Ianya kalis  air. Ia juga melindunginya lapisan dalam kulit dari gangguan luaran. Disebabkan peranan kulit sangatlah penting., maka  haruslah kita selalu menjaga kesihatan dan kebersihan agar ianya sentiasa bersih dan sihat

Namun untuk melakukan perawatan terhadap kulit kita, maka terlebih dahulu kita harus mengenali jenis kulit kita disebabkan setiap orang mempunyai jenis dan masalah kulit yang berbeza beza. Dengan mengenali kulit kita dengan lebih mendalam, kita mampu memiliki kulit yang bersih dan sihat

Ada beberapa jenis kulit yang secara umum dikenali, iaitu : jenis kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi, kulit sensitif dan kulit normal. Walaupun kita mempunyai kulit yang cantik disebabkan faktor genetik tetapi jika kita tidak menjaganya dengan betul seperti tidak mengunakkan produk yang sesuai, tidak menggunakan sun block kita berada diluar maka masalah masalah kulit dihidrasi, berjerawat dan sebagainya akan timbul.

Kulit Normal

Kulit normal adalah kulit yang halus dan lembut untuk disentuh dan tidak nampak kusam. Mereka yang memiliki kulit normal kelihatan berwarna merah muda dan kulit nampak sedikit lembab. Pori-pori sangat baik dan hampir tidak dapat dilihat. Jika Anda memiliki jenis kulit ini, itu merupakan suatu kurnian. Meskipun jenis kulit ini tidak terlalu bermasalah, namun tetap diperlukan sedikit penjagaan yang ringan. Tentukan produk yang sesuai dan lembut untuk kulit anda dan untuk mempertahankan kecantikannya, penjagaan dan rawatan kulit secara teratur diperlukan. Jika tidak, ia akan mempercepatkan proces penuaan. Dibawah ini adalah penjagaan asas yang mungkin membantu:

Biasakan untuk membersihkan kulit dua kali sehari menggunakan pencuci dan toner yang bebas acohol yang lembut dan sesuai
Gunakan pelembab yang sesuai terutamanya diwaktu malam. Ianya untuk menjaga keseimbangan kelembaban kulit.
Jika menggunakna hair dryers, pastikan ia jauh dari permukaan kulit, ianya memastikan kulit tidak kering
Untuk menjaga agar permukaan kulit tetap lembab, gunakan pelembab yang lembut dan sesuai sebelum menggunakan makeup.
Gunakan selalu masker wajah untuk mengatasi kulit dari menjadi kering, untuk menjaga agar perjalanan darah tetap lancar. Juga, untuk mempertahankan kelembutan permukaan kulit. Lakukannya setidaknya dua minggu sekali.

Kulit Kering

Kulit kering adalah kulit yang halus, rapuh dan kering dengan pelbagai skala dibahagian pipi. Di bawah lapisan kulit, kulit kurang fleksibel, pori-porinya tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kekurangan produksi minyak dari kelenjar sebaceous (kelenjar yang mengeluarkan minyak). Kulit kering memiliki kecenderungan timbulnya garis garis halus dan penuaan kulit yang cepat. Perlindungan secara rutin sangat penting dilakukan dan produk yang digunakan haruslah ringan, kaya pelembab dan lembut. Gunakan pelembab secara terus menerus sepanjang hari dan krim yang baik dan kaya dengan bahan pelembab di malam hari.
  
Kulit Berminyak

Ramai yang memiliki jenis kulit ini. Kulit berminyak disebabkan karena kelenjar sebaceous yang terlalu aktif, sehingga pori-pori dapat dilihat dengan jelas. BlackHead dan Whitehead dan gatal-gatal banyak ditemukan di kulit berminyak dan perlu dibersihkan dengan hati-hati. Selalu gunakan produk yang telah dikhusus untuk kulit berminyak, jika tidak, akan timbul banyak masalah baru. Kelebihan minyak pada kulit wajah merupakan faktor penyebab allergi kulit dan jerawat. Kelebihan ini disebabkan adanya perubahan hormon yang ada pada tubuh. Rawatan untuk kulit berminyak harus dilakukan dengan hati-hati dan teliti. Jangan sampai rawatan tersebut merosakkan lapisan lemak pada permukaan kulit yang sebenarnya merupakan pelindung bagi kulit kita. kadar minyak pada kulit harus tetap dijaga agar tetap seimbang.

Pilihlah pembersih yang mempunnyai kandungan ph yang sesuai untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran, kulit mati, mengecilkan pori-pori, dan mampu membuang kandungan minyak yang berlebihan. Kemudian gunakan toner yang mempunyai sedikit kandungan acohol.
Untuk jenis kulit ini pembersih yang paling sesuai adalah yang berbahan susu. Pilihlah pelembab yang bebas minyak (oil free). Untuk penggunaan alas bedak, pilih juga yang oil free. 
Gunakan masker untuk kulit berminyak dua kali seminggu supaya ianya sihat dan segar

Kulit Kombinasi

Jika kulit anda terasa keras dan ketat dibahagian pipi tapi berminyak di daerah T, dahi, hidung dan dagu, bererti anda memiliki jenis kulit yang dikenali sebagai jenis kulit kombinasi. Kulit jenis ini umumnya memiliki satu bahagian kecil jenis kulit tertentu, dan beberapa bahagian kecil jenis kulit yang berminyak, bersama jenis kombinasi dari keduanya.

Umumnya, kekeringan dapat dilihat pada bahagian pipi dan berminyak pada dareah T, atau yang umum disebut Temple Zone. Setiap kali di bersihkan, beberapa daerah akan terasa lembut, sementara di daerah lainnya akan terasa kering dan kasar. Secara umumnya ramai wanita memiliki kulit jenis ini berbanding lelaki.

Memang cukup rumit untuk tetap memelihara jenis kulit kombinasi ini. Tapi ada beberapa cara untuk mengatasi permasalahan ini dan memberikan keseimbangan kepada jenis kulit ini iaitu: 
Selalu gunakan cleanser yang ringan pada bahagian wajah dan leher. Misalnya cleanser yang berfungsi untuk membersihkan pori bahagian dalam. Ini akan membantu menjaga agar daerah T yang berminyak akan tetap bersih dan sihat. Lakukan ini dua kali sehari untuk mendapat hasil yang maksima.
Ketika musim panas, gunakan cleanser anti bakteri untuk mengawal serangan bakteria, dan mencegah masalah yang lebih lanjut pada daerah T.
Pada bahagian jenis kulit yang kering perlu diberikan pelembab yang bagus. iaitu pelembab yang mampu menyerap ke dalam kulit. Jika kelembabannya masih di rasa kurang, pilihlah pelembab yang mengandung minyak silicon. Ini akan membantu melembabkan wajah tanpa mengakibatkan minyak berlebih.
Gunakan toner yang bebas alcohol
Lakukan scrub pada 2-3 kali seminggu agar kulit kelihatan muda dan segar.

Kulit Sensitif

Semakin hari, semakin ramai yang memiliki kulit sensitif. Jenis kulit ini merupakan jenis kulit yang paling susah dijaga. Kulit jenis ini mudah mendapat iritasi. Misalnya ianya mudah melecet atau melepuh jika digaru, digosok atau disengat. Jenis kulit ini juga memerlukan rawatan yang khusus. Kulit jenis ini setiap kali di bersihkan, kulit akan terasa kering dan gatal. ketika tengah hari, pada bahagian-bahagian tertentu akan terasa ketat,merah, dan pecah-pecah. Dan pada umumnya mereka yang berkulit sensitif perlu mendapatkan produk kecantikan yang khusus untuk kulit sensitif sahaja. Dibawah ini beberapa cadangan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif: 
Lakukan test terhadap reaksi allergi pada bahagian lengan terlebih dahulu jika anda teringin untuk membeli produk baru di pasaran. Jika kulit mulai terasa seperti terbakar atau menjadi gatal setelah beberapa minit selepas mencuba produk, bersihkan kulit secepatnya.
Setiap enam bulan sekali, selalunya ianya sudah dijangkiti bakteri, misalnya eyeliner dan maskara.
Jangan mencuba produk kosmetik secara langsung pada wajah,cubalah dibahagian lengan
Jangan membiarkan kulit terkena cahaya matahari yang keterlaluan dan jangan keluar rumah tanpa menggunakan sun block
Gunakan produk rawatan kulit sensitif saja (misalnya. produk yang dilabelkan untuk rawatan kulit sensitif saja). Juga, periksa arahan pada produk untuk melihat apakah ada peringatan-peringatan tertentu yang berkaitan dengan produk).
Jangan memakai makeup terlalu lama. Gunakan pemersih make-up yang hypoallergenic.


Kenalilah jenis kulit anda sebelum membeli produk kecantikan yang sesuai, jika boleh dapatkan nasihat pakar kulit jika anda tidak pasti jenis kulit anda. Elakkan tekanan dengan melakukan senaman ringan 3- 4 kali seminggu, minum air sekurangnya 8 gelas sehari bagi mengelakkan hidrasi, amalkan pemakanan yang sihat serta penggunaan produk yang sesuai untuk wajah dan tubuh anda. Ianya bukan sahaja dapat membantu anda memiliki kulit yang cantik malah tubuh yang sihat.


Sumber

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply