Kucupan pertama. Kucupan penuh Cinta.. Kucupan Tanda Cinta.. Kucupan
yang amat berharga. Yang hanya akan terjadi setelah ijab kabul menggema.
Sebagai tanda telah halalnya hubungan asmara.
Kelak padamu duhai isteriku tercinta, Akan ku persembahkan kucupan
pertama, Akan ku jaga diri ini sekuat tenaga, agar kelak, engkaulah yang
pertama sekali menerima kucupanku pertama.
Kelak padamu wahai bidadariku tercinta.. Akan ku persembahkan diri
seutuhnya, meskipun cintaku padamu masih tertunda. Tetapi aku akan mulai
menyayangimu, dengan cara menjaga diriku, sebagai hadiah terindah yang nanti
akan aku persembahkan untukmu..
Untuk itu, jagalah juga dirimu… Berikan kucupan pertamamu nanti
untukku, persembahkanlah dirimu seutuhnya untukku, seperti aku.. Yang akan terus
berusaha untuk itu, kerana hanya engkau, yang nanti berhak menyentuhku…
Ya Rabb.. Bantu aku menjaga diriku, agar tidak tersentuh siapapun yang
bukan mahramku, meskipun hanya sehujung kuku ku.. Dan Ya Rabb… Bantu juga
dirinya yang kelak akan jadi Aisyahku, agar tak tersentuh sesiapapun jua yang
bukan mahramnya, meski hanya sehujung kukunya..