Contact Form

 

Aku hangat yang dengan isu kemasyarakatan...........


assalamualaikum..... huhhhhhhh! hangat seyh telinga aku camni bila mendengar isu2 sekeliling aku... baik dari keluarga, kampung, daerah mahupun nasional!!!!!!!!!!!

mana tidaknya, orang yang betul2 layak kadang tidak mendapat hak mereka (org yg betul2 daif).. yang peliknya.. kenapa org yg berkereta molek pulak dapat PPRT?? kenapa ada nya perkara macam ni?? yg dapat pulak boleh plak dia ubah suai rumah tu jadi besar; cantik molek jadinya...

aku panas betul dengan isu2 macam ni... ni aku nak cerita sikit pasal JKM, BaitulMal di daerah kota tinggi khususnya tg sedili... ulang semula ya... TANJUNG SEDILI!!! sebab aku nak wat perbezaan sikit dengan JKM, BaitulMal negeri MELAKA! memang lau nak banding JOHOR + MELAKA tu cam tak logik.. tapi aku nak persoalkan cara pengurusan perbendaharan camni....

aku terfikir2 jugak kenapa JKM & BAITULMAL daerah KOTA TINGGI ni boleh bergabung dan saling bekerjasama dalam memberi dana @ bantuan kepada masyarakat setempat ni... aku berpendapat dan merasakan adanya segelintir masyarakat setempat ini juga jenis BUSUK! sebab??? ko da ade kereta menjalar, anak dah bekerjaya, sedara mara kontraktor boleh plak dapat bantuan JKM @ baitulmal ni haaa... tapi yang aku geramnya tang rumat PPRT tu...

sendiri tengok la kan, dari kg. sayang sampai lah ke ulu sedili ni...rumah PPRT ni boleh plak mereka2 diubahsuai jadi gah cantik berdiri... bukan 10 @ 20 tahun selepas rumah itu didirikan TAPI aku rasa tak sampai 5 tahun mereka dah boleh membuat perubahan! apa cer ni???? tak kan lah dah kaya tetiba??? anak dah abes skola ker?? mustahil lah lau nak pakai batu roman tinggi berdiri, cermin slaiding berkilau bagai tu... dak2 lau lepas graduat apa lah sangat harta@gaji ni... boleh potong jari kau!!

baik... ku persoalkan semula kenapa JKM + Baitulmal mesti bekerjasama dalam menapis masyarakat utk mendapat bantuan?? seperti yang aku dengar, sapa2 dapat JKM... tak layak dapat bantan baitulmal... kenapa yer??? apakah peruntukan dari kerajaan kepada JKM semakin berkurangan? tapi di pihak baitulmal aku dapat rasakan pengurusan yang baik telah dilakukan oleh pihak yg menguruskan- sebab setiap zakat yang dibayar kepada mereka merupakan harta perbendaharaan dibaitulmal itu dan akan diedarkan kepada masyarakat yang LAYAK sahaja... tengok je masa permohonan apa2 di jabatan ini... adanya pengakuan bahawa mereka adalah golongan yang layak utk menerima sahaja... jadi kalau mereka yang tak layak turut menerimanya dan telah mengaburi pihak baitulmal.. bersiap sedialah utk menjawabnya dimahkamah ALLAH! justeru, aku sendiri tengok & telah bertanya (berborak) dengan salah seorang pegawai mereka, aku tengok cara layanan dia baik dan sangat memuaskan... tapi kalau di JKM KOTA TINGGI tu, huuuhhhh! aku tanya dia, dia tanya aku balik... ingat aku ni tau sangat ke??? dah la layanan dia agak kurang baik, ishh apa daaa.. tak mesra pelanggan kau!!!!

balik semula isu aku nak utarakan, di MELAKA JKM dan baitulmal tidak seperti di melaka... ya, mungkin negeri melaka dan johor sangat berbeza dari segi populasinya... mana tak kita bandingkan antara besar dan kecilnya negeri itu sendiri... memang lah tak patut.......... kat melaka ni, JKM akan bagi bantuan dari aspek kewangan tapi baitulmal pula akan bagi kita dari segi makanan dan juga simpanan ASB... wah..  tengok tu, cara pengurusan dia agak baik dan memudahkan rakyat di melaka... kenapa di johor tak macam tu?? peruntukan kewangan sikit gamaknya.. ntah lahhh... tu persoalanya...

turun balik ke serata pelusuk kampung! aku geram bila dengar kawasan sini kebanyakkanya orang luar yang mengambil bahagian dari segi pemegangan kontrak dan lain2... aku tengok dan dengar dari aktivis2 yang tak berapa nak mencanak menyanggah orang hak memanipulasi kuasa yang dipegang sehingga peruntukan yang turun tak sampai kerakyat jelata ni.. apa kesahnya ni??? mana pergi hak2 kami sebagai rakyat?? masuk perot dia ke? peruntukan dari atasan ntah ke mana lenyapnya... tau2 cerita dah lama... dah busuk masam da jadinya kesah tu... mungkin sebusuk pereduk @ pekasam perot diasema hak tamak haloba tu... sebusuk hati mereka yang tak nak tengok orang lain membangun... patut la tak membangun orang2 kampung ni.. apa tak nya.. ada perot bedano gitu... cam hampeh jek.. geram aku kauuuu!!! teruk betol la pemimpin kampung camni,, ada peruntukan masuk, di perokkan dalam rumah sendiri.. apa kejadah nya hahhhh?? memang benda2 ni susah nak dibuktikan KECUALI kalau orang2 yg keluarkan bantuan/peruntukan tu merombak / gombak semula apa yang mereka berikan supaya kita dapat tengok sejauh mana pihak yang memegang amanah itu menyampaikan peruntukkan yang diberi oleh pihak penyumbang (atasan) sampai @ menyimpang ke lain... panas jugak kalau isu ini dibangkitkan.. mana tidaknya, dalam memegang tampuk kekuasan.. seseorang itu pastinya akan cuba mengekalkan kedudukannya agar tidak mudah goyah dan dirampas oleh pihak lain.

apa yang aku sampai kan itu sememangnya suara rakyat.. dan mungkin dapat disatukan dalam mendapatkan sebuah kepimpinan yang telus dan cekap dalam membangunkan minda masyarakat selaras dengan era gloalisasi ini agar tidak jauh ketinggalan dengan urbanisasi dunia...


"kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"
"kalau tidak memakan cili, masakan terasa pedasnya"


*** aku yakin, kalau benda ni di jadikan ISU, kompem akan adanya pihak yang POMPANG SANA SINI cuba mencari sapa yang MENGGEMBUR benda2 ni.... wait and see yaa, mungkin suatu hari nanti aku akan MAJUKAN dan mungkin juga bukan aku tapi RAKAN (keluarga/kenalan) aku sekalian yang lainnya!


p/s : semoga pemipin2 sekalian menggunakan kuasa pada jalanyang benar! INGAT... JANJI TUHAN(ALLAH S.W.T) ITU PASTI!!!!!

Keadilan dalam Islam sangat penting kerana ia akan menjamin kestabilan demi pembangunan umat Islam. Apabila Islam membawa idea tentang keadilan dalam masyarakat jahiliah, maka mereka yang dulunya berpecah belah dan saling bermusuhan menjadi bersatu padu dan saling berkasih sayang.
Justeru apabila undang-undang dan keadilan dalam Islam terpesong angkara segelintir umatnya, kegemilangan Islam mula merosot.
Keadilan juga menjadi unsur yang penting untuk membina masyarakat yang adil dan makmur, atau dengan kata lain, masyarakat yang adil dan makmur tidak akan dapat diwujudkan jika keadilan tidak ditegakkan.
Keadilan perlu ditegakkan kerana ia akan memberi ketenangan kepada manusia dan menyuburkan hubungan individu dengan orang lain.
Rasulullah SAW di dalam pemerintahan baginda tidak pernah menindas mana-mana pihak. Bahkan baginda SAW didekati dan dikasihi oleh semua pengikutnya tanpa mengira bangsa dan agama.
Ini kerana dalam memutuskan apa-apa hukuman, baginda SAW tidak sekali-kali terpengaruh oleh keadaan orang yang dihukumi, sama ada daripada kalangan keluarga, sahabat handai ataupun orang lain yang berbeza bangsa dan agama.
Ini amat bertepatan dengan perintah Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sifat adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maaidah: 8)

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply