Contact Form

 

Andai Kau MencintaiKu



Kerana aku mencintaimu,
aku tak ingin terlalu dekat denganmu
Kerana aku mencintaimu,
aku tak ingin menyakitimu Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.
Maka biarlah…… Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun,
tidak masalah bagiku….
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.
Sebab…
Ada kekasih yang membuktikan cintanya
dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan….
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan
yang meluluh lantakkan harga diri..
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta…..
Namun bagiku…
Aku mecintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,
bukan karena ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin
menjaga pandanganmu dari panahan iblis..
Ku mecintaimu dengan tidak
melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan krn aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin
menjaga hatimu dari bisikan syaitan
yang menipu..
Ku Mencintaimu Dengan Menjauh Darimu,
Bukan Keran Ku Membencimu….
Namun Kerana Ku Ingin
Menjaga Mu Dari Khalwat Yang Menjebak..
Ku Mencintaimu Dengan Menjaga Diri Mu Dan Diriku…..
Menjaga Kesucianmu Dan Kesucianku…..
Menjaga Kehormatanmu Dan Kehormatanku…..
Menjaga Kejernihan Hatimu Dan Hatiku….
~ Ya Rabb… Padamu Ku Curahkan Cintaku Padanya…..~~

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply