Contact Form

 

Jenis Kulit Dan Cara Merawatnya


Bahagian tubuh yang paling besar dan kita sentiasa meihatnya, kulit tidak hanya berfungsi untuk melindungi tubuh dari faktor luar tetapi juga dapat mengawal suhu tubuh dari pelbagai cuaca. Selain itu, kulit juga mempengaruhi penampilan anda secara keseluruhan.

Permasalahannya, sebahagian besar lelaki kurang peka terhadap kesihatan kulit mereka dan ternyatanya cenderung mengabaikannya. Apakah mungkin  kerana mereka masih mempunyai paradigma bahawa rawatan tubuh tidak diperlukan oleh lelaki, terlalu sibuk atau hal lain. Tetapi jika anda ingin menjaga dan merawat kulit, anda perlu mengetahui jenis kulit anda terlebih dahulu.

Kulit Berminyak

Kulit berminyak biasanya mempunyai ciri kulit berkilat, terutama pada T-area (dahi, hidung dan dagu). Orang yang mempunyai kulit berminyak biasanya kulitnya lebih kenyal, mempunyai pori-pori besar dan lebih terdedah terhadap komedo dan jerawat. Namun kulit berminyak mempunyai usia kulit yang lebih lama di bandingkan kulit yang lain.

Untuk merawat kulit anda, bersihkan dengan pembersih yang diformulasikan untuk kulit berminyak sebelum anda tidur. Berikan rawatan facial skin exfoliation 2 kali seminggu dengan skrub yang lembut dan pelembab bebas minyak untuk mengangkat sel kulit mati.

Kulit Kering

Orang yang mempunyai kulit kering biasanya kulit terasa kencang, cenderung mempunyai kedutan halus, mengelupas dan tompok merah. Saat kita berusia sekitar 35 tahun kulit biasanya cenderung lebih kering, hal ini di pengaruhi oleh hormon. Selain itu kulit akan lebih kering kerana di pengaruhi oleh faktor lain seperti sabun yang di gunakan, cuaca ataupun Air Conditioner (AC).

Untuk merawat kulit anda, mandilah dengan sabun khas untuk kulit kering yang biasanya mengandungi glycerinatau petrolatum. Setelah mandi, kenakan lotion atau moisturizer.

Kulit Normal / Kombinasi

Jika kulit anda tidak terlalu kering atau berminyak bererti kulit anda termasuk jenis normal. Ciri lain adalah sedikit minyak pada kawasan T (dahi, hidung dan dagu) tetapi pada bahagian pipi yang kering. Selain itu biasanya mempunyai pori-pori dengan ukuran sedang.

Yang perlu anda lakukan setiap hari adalah membersihkan muka dengan pembersih yang mengandungi scrub, menyapu toner dan menyelesaikannya dengan moisturizer.

Kulit Sensitif

Kulit Sensitif cenderung tipis dan halus dengan pori-pori yang kecil. Jika kulit anda mudah mengalami iritasi kerana sinar matahari, terdedah kemerahan, gatal dan jerawat, bererti anda mempunyai kulit sensitif.

Untuk merawatnya, gunakan produk penjagaan dengan jenis gel daripada bentuk krim. Kenakan sunblock jika akan melakukan aktiviti outdoor. Saat mandi gunakan juga sabun yang mengandungi glycerin.

Kulit Dewasa

Kulit ini adalah jenis yang di pengaruhi faktor usia dan lumrah terjadi. Biasanya ciri daripada kulit ini adalah terasa ketat dengan kelihatan kedut, kulit kendur terutama pada bahagian pipi dan rahang, serta tekstur yang kasar.

Pakailah pelembab yang mengandungi "anti penuaan" yang boleh melawan garis halus, kedutan dan membuat kulit lebih halus.


sumber

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply