Andai kata semua itu benar.
perlukah ada penyelesaiannya....
haruskan semua itu terbuka?
mestikah diterima jika meragukan?
adakah kekeruhan itu perlu di lakarkan
untuk mengumpul cahayanya..
Andai kata semua itu benar?
dimanakah harus ditantang kejujurannya.
atau sekadar membuka ruang pada kegelapan itu?
tapi dimanakah kejernihan itu,
adakah sekadar penghias takbir buat mengulit mimpi?
atau sekadar lakar ilusi di hati..
Andai kata semua itu benar...
luahkan..
semuga tiada kekusutan bicara..
yang menusuk kesedihan
untuk dipikul bebannya..
Andai kata semua itu benar..
benarkah ia,..
kerana satu kebenaran itu
pahit untuk diterima...