Contact Form

 

Sebuah Kekesalan





 Pagi tadi aku telah menziarahi pusara arwah ayahku.. sayu… sebak hatiku…  memang kehidupan kita semua berbeza. Justeru itu, jalan hidup kita jua tidak sama… hmm, ayah ku telah meninggal dunia hamper 6 tahun yang lalu iaitu pada tarikh 25 julai 2005M bersamaan 18 jamadil akhir 1426H.. pada tika itu aku masih di bangku sekolah iaitu tingkatan 3.. tahun nak PMR.. huh.. ujian Tuhan ke atas hambanya tanpa ada pengecualian.. ya..suatu tika nanti,kita jua pasti akan di jemputnya… tiada yang akan kekal abadi di alam ini..ingat TIADA pengecualian!!!!
Sebagai anak aku sungguh tak terkecuali dari diuji… ujian ku adalah tidak mempunyai ayah pada usia ku yang amat mentah iaitu sewaktu usiaku 15 tahun.. ya.. aku masih mentah untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh ranjau berduri ini… pada waktu ini, aku telah menjadi anak yatim.. dan aku seharusnya mensyukuri kerna masih mempunyai ibu.. meski ayahku telah tiada, ibuku masih ada untuk mengasuh, mendidik dan membimbing aku dan adik – adik aku yang lain…
Meski pun begitu, aku tidak sama seperti orang lain.. aku tidak membesar sepunuhnya  (tinggal) bersama ibuku.. aku tinggal dengan arwah nenek ku pada masa itu… dan ingin utarakan ialah “hargailah orang yang ada dalam kehidupan kita” … itu adalah suatu pegangan hidupku.. kerna aku kesal…menyesal kerna tak memanfaatkan nikmat yang telah di beri sehinggalah aku kehilangan insan yang begitu berharga dalam hidupku tanpa aku dapat membalas jasa – jasa mereka.
Kini, yang ku mampu hanyalah bersedekahkan pahala amalan – amalan, doa mahupun bacaan ayat – ayat suci buat mereka.. nyataku tampak egois tapi  hatiku terlalu mudah terlentur dek kekesalan akan sebuah erti kehidupan… aku jua insan yang tahu erti menghargai orang lain.. al – fatihah buat ayahanda – ku (Muslim B. Abd. Jalil) dan nenda – ku (Eshah Bt. Abdullah)! Moga mereka di Rehdai, di Rahmati dan di tempatkan dalam golongan hamba – hamba NYA yang soleh dan solehah..Amin… :(

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply