Ukhti : Saya tidak layak untuk awak.
Akhi : Kenapa?
Ukhti : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya.
Akhi : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Ukhti : Awak pintar, awak ada banyak peminat.
Akhi : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu
pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Ukhti : Saya juga tidak dalam ilmu agama.
Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Ukhti : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi,
sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas
kecantikan awak.
Ukhti : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak
layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.
Ukhti : Awak terlalu sempurna.
Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.
Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu
bunga dan ungkapan cinta.
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai
agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika
tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (HR
Tirmidzi ).
Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa
Rasulullah bersabda:
“Barang siapa menikahi wanita kerana kehormatannya
(jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana
hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa
menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah
kerendahan.
Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi
(kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat
silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri
tersebut.
***jelousy......
0 semut comel