Contact Form

 

19 HADIS NABI MENGENAI WANITA


 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
   penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
   Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
   daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
   rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
   Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan
   dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
   maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
   pada jalan Allah.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah
   dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu
   setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya
   yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan
   70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
   darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
   takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan
   api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar
   ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
   seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
   daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
   perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
   maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu 
   daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan
    Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
    masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000
    lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w,
    siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
    Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap
    lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
    maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
    burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
    beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
    serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
     pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
    dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
     bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
     saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
     dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
     pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
     penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
     baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
    daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada
    mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
    daripada api neraka."

0   semut comel

copyright © 2025 NissaONisaa Template by : Urang-kurai