![]() |
hubungan yang lama, tapi telah berakhir |
Hmm, masa yang lama bukan lah satu jaminan untuk kebahagiaan. Apalah ertinya pada minit, jam, hari, bulan dan tahun andai tiada keserasian, kebahagiaan mahupun kemesraan? Bagi diri ini, smua itu tak menjamin segalanya…
Biarpun aku juga bersalah, namun jangan hanya aku yang di persalahkan. Tidak mungkin diri ini akan berubah sekiranya tiada apa – apa yang berlaku..bak kata pepatah, pokok manakan bergoyang kalau tidak ditiup angin?Benar bukan petua orang dulu – dulu ? Semua yang terjadi pastinya bersebab! Hakikat yang perlu kita yakin!!!
Keegoanmu menjadi salah satu sebabnya. Mungkin benar kata orang lelaki sememangnya ego… ego mempertahankan dirinya!Ego meluahkan isi hatinya! Huh… terkadang aku menyampah dengan perkenalan…. Kerna waktu ini sesuatu perhubungan / persahabatan terindah…sukar digambarkan betapa indah perkenalan itu…
Namun, setelah sekian lama saling mengenali antra satu sama lain, kemesraan sewaktu perkenalan itu semakin berkurangan. Begitulah yang pernah ku alami.
Perkenalan ku dengan dia kira – kira 10 Dec 2008. Indahnya saat itu… memang indah mengenali dia….tapi, panas belum tentu berpanjangan… hujan pastinya membasahi bumi…. Kemesraan yang terjalin kian pudar semakin hari… sehingga ku sendiri tak tahu mengapa jadi begini… apa mungkin kerna jarak yang memisah?
Mei 2009, kemesraan yang dahulunya menjadi suatu kebahagiaanku, kini semakin pudar….. Semakin xbererti… dia semakin sibuk… sibuk dengan kehidupannya…
Hakikatnya, lelaki hanya tahu mengatakan sayang atau cinta tetapi mereka selalu menyeksa perasaan kita!!! Usah disangkal akan kenyataan ini… tapi tidak semuanya begitu….. Hanya mereka yang egois & hipokrit akan melakukan begitu kepada wanita!!!!!!!!!!!
Maaf andai di sini medan untuk ku lepaskan segala yang terbungkam dalam hati ini… maaf atas kata – kataku pada kalian yang tidak sebegitu… terima kasih kerana bukanlah lelaki sebegitu….
Duhai lelaki, kenapa kau buat begitu sekiranya kau tidak mahu memberi komitmen?????
Akhirnya 2009 melabuhkan tirainya…………2010 pula muncul! Aku mula bertekad melupakan dan melepaskan dia! Ku tekad untuk tak memperdulikannya… ku lihat dia semakin hari semakin menjauh… semakin tidak menghiraukan ku… ku pasrah dan menganggapnya akan berubah…. Masa ku berikan tapi apa yang ku peroleh?Nah!!!!!!!Penuh kehampaan…….. Benar……penantian suatu penyiksaan…. Usah di tunggu…usah di rayu cinta lelaki kerna mereka tak kan pernah pedulikan perasaan kita…………….
Letih mengharap…menanti suatu jawapan kasih yang tak pasti… ku biarkan kehidupnya tanpa menghubunginya terlebih dahulu… ku biarkan dia yang menelefn @ sms ku…. Saja aku berbuat begitu kerna ku lihat tiada kesungguhannya seperti dahulu terhadap diri ini.. Tak mengapa, ku tak kisah…. Kau telah mengajar…mendidikku sebegini untuk tak memperdulikanmu…
Usah kau persalahkan diri ini… kerna aku nekad melafazkan kata – kata yang aku sendiri tak mahu ungkapkan! Nevermine, hati ini telah tawar untuk meneruskan perhubungan ini. 20 Dec 2010, ku kirimkan SMS bhwa aku mahu kita membuat haluan masing – masing…. Sewaktu ini aku dalam perjalanan pulang bercuti ke rumah ibuku di Melaka dari Kedah… sengaja aku kirimkan SMS itu lewat mlm kerna ku mahu kau membacanya apabila kau terjaga dari tidurmu…
Kau telah menghubungiku!Tetapi aku tidak menjawabnya…juga mesej kau tak ku balas. Kenapa saat itu baru kau bertanya apa salah mahupun silapmu??? Tidak terfikirkah olehmu aku sering terguris dengan sikap mu yang tidak memperdulikan ku? Aku juga punya perasaan. Kau kata kau sayang tapi kenapa kau tak pernah peduli? Kau seakan – akan membiarkan aku sendirian. Alangkah baiknya sekiranya aku tak punya kekasih, kerna hidupku sama sahaja.
Selepas itu kau memujukku dan mengatakan itu hanya ujian Allah dan berkata mungkin aku yang terbawa dek emosi… ohhh!!!!!!!Kau tak mengerti akan perasaan ini... Ku hanya mengiyakan kerna ku tak mahu kau melakukan perkara yang boleh merosakan hidupmu…..
Kini 2011, ku fikir aku telah “single”…. Tiba – tiba kau muncul pada 6 Februari 2011…. Kau telah menelefonku kira – kira jam 2 pagi! Dengan perasaan yang kosong ku menjawab biarpun ku tak mahu menjawabnya… kita berborak..saling bertanya khabar!... Mungkin mahu tahu perkembangan masing – masing.
Dalam perbualan kita, aku sengaja bertanya “takkan takde yang berkenan kat sana”…. Dia berkata “sapalah nak kat kita yang dah tua ni” … aku hanya berkata “yelah tu”~~~ayat poyo aku tak caya dgn ckp org…. Siap kau kata kau nak kawen dgn aku pas aku abes stdy….hmm, aku ni dah tak nak kan dia.. Jadi aku cakap lah “carilah org lain, watpe tgu sy ni… nti tua plak awk…mak awk marah sush plak”…lama gak dok borak smpai lebih kurang dekat kol 4 pagi baru masing – masing nak tido ...
Sebelum mengakhiri perbualan sempat ku bertanya mengapa dia menelefon ku malam – malam sebegitu kerana tak pernah dia menelefonku waktu – waktu begini. Lantas dia berkata “tidak tahu mengapa dia tiba – tiba teringatkan aku dan smua gmbr, video mahupun suratku beri padanya dia tengok” mengapa????Apakah maksudnya??????? Malam itu, dia ada juga memberiku FB nya padaku…siap paswod lagi..soh aku add rmai2 lagi….
26 Feb 2011, ntah kenapa hati aku memaksa untuk mesej dia dan kata setakat ini sahaja hubungan kita… buat haluan sendiri, carilah pengganti yang lebih baik dari aku…….. Langsung tak di balasnya, mungkin tgh kerja. Tak pa la… malam tu dia ada kol, tapi aku tak dengar.. Maklumlah, fon dalam laci n masa tu aku sibuk berborak dengan orang…
Hamper jam 12 malam, lepas aku balik jaja baju di hostel ku, ada satu panggilan dari nombor dia… aku tak mahu angkat tapi kawan ex – roomate ku yang nak jawabkan… aku bagilah dia jawab.. Skali pepuan yang jwb… yang ku fkir akk/mak angkat dia.. Aku cuak gak takut diorg nk marah aku bb aku wt cam tu kat dia… ad eke pepuan tu cakap kasar kat kawan ku ini…ishhh…. Aku soh akk tu kata aku takda, dan dia tak mahu cakap lebih dan pesan soh aku msj lau da balik..
Tak sampai 10 minit, aku dapat mesej dari nom lain iaitu nombr pepuan tu… dia soh aku balas lau aku dah balik… aku pun belakonlah, konon – konon baru balik…. Kita orang saling berbalas mesej. Dia Tanya aku sapa dan dia Tanya apa hubgn aku dgn mamat tu… aku soh dia Tanya mamat tu… mamat tu plak cakap aku dgn dia da lama ptus dan baru ku tahu pepuan ni kapel mamat tu!!!!!!!! Huh! Sungguh tak ku sangka…………… cepat benar dia mendapat pengganti! Market gk yerrr??????
Pepuan tu kol, dan kita orang ckap secra biasa utk setelkan masalah yang dicipta mamat tu…. Dia tak mahu gado… aku?????? Lagi tak mao…. Cite punya cita, dapat ku tahu si mamat ni penah ajak pepuan ni kua masa bulan 12 2010 tu… huh! Bgus!!!! Dan pepuan tu kata diaorg declare Januari 2011 ni…. Mudah betul dia kan? Yang syoknya, dia tak mengaku dia kol aku masa 6 Februari 2011 tu.. Dia mendiamkan diri bila pepuan tu msj & kol dia… siap tutup fon!Pe cer ni????? Nampak sangat cam salah… aku ngan pepuan tu jadi geng plak & kite org pakat psyko dia.hah! Bru balas msj aku…
Bila mesej, dia ckp, takkan lah dia nak single je… dasar lelaki! Mmg pesen kalau bini mati tanah kubur masih merah pun lau dia nak kwen dia tak peduli. Dia siap ckp nak terima ag ke dia? “aku cakap lah tak hingin….” Bila dia kol, dia mtk maaf..mgkn ni salah faham.. “aku jwp la da terlambat!” Dia cakap, lau da pts tak salah berkawan, tapi aku tak berminat lah dan aku ckp “tak perlu”
Aku tak cemburu malahan aku tak kisah lau dia ade org lain… but, pls tell me.. Mmg aku nak dua org yang cintakan & sayangkan aku dulu ade orang lain! Dan tak ganggu aku lagi…
Sampai sini, tamat sudah kisahku dan dia pada 27 Februari 2011. Setelah mereka telefonku. Aku terus menutup dan menukar SIM card telefon itu.. tiada lagi 3405464 ku dulu.. semua tinggal kenangan…. Tak mengapa, hidup mesti diteruskan. Ku tidak kecewa tetapi hanya terkilan dengan sikap lelaki sebegitu.
Kini, aku sendiri dan cuba mengharungi hidup ini dengan kekuatan emosi yang ku bina sendiri agar aku tak mudah jatuh pada hari nanti. Biarlah dia berbahagia disamping orang kesayangannya. Moga ada jodoh antra mereka. Aku? Biarlah masa yang tentukan…
Terima kasih kerna membaca kisah hidup ini..
Jadikan pengajaran mana yang berguna, hindarkan perkara yang tidak bermanfaat !
0 semut comel