Contact Form

 

Surat Terakhir Buat Kekasih!


Kehadapan kekasihku
(apakah saya masih lagi kekasih awak?)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum pembuka bicara, maaf terlebih dahulu andai tinta ini menganggu diri awak. Sekian lama saya memikirkan cara untuk meluahkan @ menyatakan apa yang selama ini terpendam di sanubari ini. Maaf  sekali lagi dengan kehadiran tinta yang tidak diundang ini. Mungkin hadirnya tinta ini bakal mengubah persepsi awak terhadap saya dan sebagainya… ribuan maaf saya pohon lagi.
Saya tak tahu dari mana hendak memulakan penulisan ini, ini bukan tinta yang hanya suka-suka ditulis. Akan tetapi, saya mahu berterus terang kepada awak. Saya tidak mahu dianggap sebagai perempuan yang suka mempermainkan perasaan orang lain. Bagi saya, sekali saya menerima seseorang itu sebagai kekasih saya, ini bermakna sukar untuk saya cari yang lain. Terima kasih kerana pernah menjadi kekasih saya. Terima kasih kerana memberikan kasih sayang awak kepada saya suatu ketika dahulu. Saya amat hargai awak!
Namun, hati saya telah berubah sejak awal awal januari yang lalu. Awak semakin sibuk. Semakin sibuk dengan diri awak & kerjaya awak. Kenapa?Kenapa sampai tiada masa untuk awak luangkan untuk saya walau sehari 5 minit…seminggu 30 minit?Sebulan 2jam?Saya tak minta lebih dari awak. Tapi fahami lah perasaan orang yang menyayangi awak & awak sayangi. Saya bukan tunggul wak. Saya pun macam manusia normal yang lainnya yang mahu menyayangi & disayangi. Itu lumrah! Saya rasa awak pun sebegitu.
Awak, selama ni saya cuba bagi awak peluang dengan masa-masa yang awak ambil tu tanpa awak hirau kan saya. Saya harap awak akan berubah macam mula-mula kita kenal. Memang indah tika itu. Kita saling merindu & tidak jemu bertanya khabar. Tapi, mengapa semuanya tela berubah kini?
Jangan jadikan pekerjaan awak itu alasan. Tiada masalahnya bagi saya kalau awak dapat memberikan komitmen dengan kerja awak & saya walau hanya sekejap sahaja. Saya boleh terima itu kalau nak dibandingkan dengan apa yang awak lakukan ini. Saya sungguh terasa tidak dihargai di sisi awak & apalah ertinya saya dalam kehidupan awak. Bak kata “kalau padi, kata padi,tidak aku tertampi-tampi ; kalau jadi kata jadi, tidak aku ternanti-nanti”. Saya harap awak faham apa yang saya maksudkan.
Awak, mengertilah….sedangkan pokok yang subur adalah kerna bajanya. Inikan pula hati yang ketandusan. Sememangnya kita tidak lari dari lumrah sebagai manusia yang berpasangan. Justeru itu, seandainya diri ini tiada nilainya di matamu, segeralah kau lepaskan aku. Kerana aku tak mahu dicengkam perasaan cinta terhadapmu tanpa balasan.
Saya amat berharap awak membuat keputusan agar saya tidak ternanti-nanti akan jawapan yang tiada pastinya selama ini. Saya juga berasa ada baiknya sekiranya kita berpisah. Seandainya ada jodoh antara kita, pastinya kita akan bertemu lagi walau di ufuk barat sekali pun, saya terima apa adanya yang telah disuratkan untuk saya selepas ini. Bebaskanlah hati ini dari dibelengu cinta awak itu agar diri ini bebas membuat keputusan dan tidak ragu-ragu membuat keputusan.
Saya harap awak mengerti luahan isi hati saya selama ini yang terpendam. Saya relakan awak untuk memilih jalan hidup awak dan saya doakan kebahagiaan awak andai awak telah menemui cinta hati awak yang awak cari. Semoga kasih sayang antara kita dahulu diRahmatiNya dan diampunkan dosa kita atas kesilapan percintaan ini. Mungkin ini adalah kekhilafan antara kita. Moga kita digolongkan dalam kalangan hambaNya yang diRedhai Ilahi. Amin.
Saya rasa setakat ini sahaja lakaran terakhir saya buat awak, saya berharap awak dapat menerima kenyataan ini. Saya berharapa awak tidak bertindak secara melulu dan mengambil jalan singkat apabila tidak dapat menerima hakikat ini. Saya tak mampu untuk menipu diri ini bahawasanya saya tidak lagi menyayangi dan mencintai awak seperti masa lalu. Maafkan saya. Hanya itu yang mampu saya utarakan kepada awak. Sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan. Selamat berbahagia dan salam ukhwah fillah dari saya.
Sekian dariku buatmu,
Salam di angin lalu….
~Permata Nan Berduri~

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply