Contact Form

 

Tunang Oh Pertunangan...........

Gambar Hiasan Encik Google

Pertunangan adalah satu perjanjian untuk mendirikan rumahtangga melalui orang perantaraan yang biasanya diadakan di dalam sebuah majlis meminang.

Tujuan pertunangan adalah seperti berikut:-
  • Untuk mengikat janji yang keduanya akan berkahwin.
  • Supaya kedua belah keluarga bertemu dan beramah mesra.
  • Supaya kedua belah pihak dapat berbincang dan mendapat kata sepakat mengenai  tarikh dan tempat pernikahan, wang hantaran, jumlah dulang hantaran, dan keperluan lain bagi majlis perkahwinan yang diadakan nanti.
  • Supaya kedua pasangan dapat mebuat persiapan perkahwinan mengikut masa.
  • Supaya kedua pasangan dapat membuat persediaan untuk memasuki alam perkahwinan.
  • Supaya kedua pasangan dan ahli keluarga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.


Perkara-Perkara Penting Yang Harus Dipersetujui Semasa Majlis Pertunangan
  • Jumlah Wang Hantaran
  • Jumlah Dulang Hantaran
  • Cara Pemberian Wang Hantaran
  • Jumlah Belanja Perkahwinan
  • Tarikh Pernikahan
  • Tempat Pernikahan
  • Tempoh Pertunangan
  • Tuntutan Gantirugi Jika Pertunangan Dibatalkan


### jgn kata aku excited okeyhhh!!! xda kaitan.. just ilmu tambahan ajekkk.... dan senang t apa2... :o

sumber : Wedding Impian

Total comment

Author

Nissa

0   semut comel

Cancel Reply